| KEY WEST | Key West, Florida (pend. 24 832) ialah bandar paling selatan di benua Amerika Syarikat. Bandar ini terletak di sebuah pulau batu karang lebih kurang 160 kilometer di sebelah barat daya tanah besar. | UMUM | |
| STAR-SPANGLED BANNER | Star-Spangled Banner ialah lagu kebangsaan Amerika Syarikat. Ia ditulis oleh Francis Scott Key dan dinyanyikan dengan muzik yang digubah oleh John Stafford Smith. Pada bulan Mac 1931, Kongres Amerika Syarikat secara rasmi meluluskan lagu ini sebagai lagu kebangsaan. Walau bagaimanapun, tentera darat dan laut telah mengiktiraf “ The Star- Spangled Banner” sebagai lagu kebangsaan sebelum Kongres meluluskannya. | UMUM | |