KOPI | Kopi minuman yang dibuat daripada biji kopi yang dipanggang dan dikisar. Ia merupakan minuman panas yang disukai hampir di seluruh dunia. | UMUM | |
MARACAIBO | Maracaibo (pend. 1 151 933) merupakan pelabuhan pengeksport kopi yang utama dan juga bandar raya kedua terbesar di Venezuela. | UMUM | |
KAFEINA | Kafeina ialah pepejal yang tidak berbau, berasa pahit sedikit. Ia ialah bahan perangsang, dan didapati sedikit dalam kopi, teh, dan sesetengah minuman ringan lain. | UMUM | |
SANTA ANA | Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan pusat perdagangan yang penting, terutamanya untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian lain yang penting di Santa Ana termasuk pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador (peta politik). | UMUM | |
MAKANAN NYAHHIDRAT | Makanan nyahhidrat ialah makanan yang telah diawet dengan cara pengeringan. Menambah air kepada makanan demikian menjadikannya sedia untuk dimakan atau dimasak. Susu kering dan keluaran tenusu, sup, kopi, teh, rempah-ratus, gelatin, campuran pencuci mulut, dan makaroni dijual di kedai. Makanan nyahhidrat lain yang biasa didapati termasuk yis, keju, dan keluaran telur. | UMUM | |
MESIN LAYAN DIRI | Mesin layan diri ialah mesin yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan apabila duit, token, kad, atau kunci dimasukkan ke dalamnya. Mesin layan diri mendispens pelbagai jenis barang jualan seperti gula-gula, rokok, kopi, aiskrim, dan minuman ringan. Sesetengah mesin layan diri boleh digunakan 24 jam sehari. | UMUM | |
SANTIAGO DE CUBA | Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik). Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba. Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula, kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat telah memusnahkan sebahagian besar angkatan laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago. | UMUM | |
MALABO | Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat. Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea (peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko, kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan terbang terletak berhampiran Malabo. | UMUM | |
TERMOS | Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos lazimnya digunakan untuk membawa minuman seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia, memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet plasma darah. | UMUM | |
MESIN SLOT | Mesin slot ialah alat yang berfungsi apabila duit syiling dimasukkan ke dalam slot khas. Duit syiling itu seterusnya akan memulakan mekanisme mesin. Terdapat banyak jenis mesin slot. Mesin layan diri menjual pelbagai barangan termasuk makanan seperti coklat dan makanan ringan. Sesetengah mesin layan diri menjual cecair seperti kopi atau teh panas. Peti muzik ialah mesin slot yang memainkan muzik pada piring hitam. | UMUM | |