SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II | Kapsyen : Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Allallahi Syah II SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II (1924-1984), Sultan Perak yang ke-33 (1963-1984). Baginda diputerakan pada 12 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda ialah putera kedua Sultan Iskandar Syah dan Raja Teh Umi Kalsum binti Raja Muhammad Iskandar. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Chandan pada tahun 1931. Setahun kemudian, baginda ditukarkan ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PELITA BAHASA MELAYU | PELITA BAHASA Melayu, buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu. Pelita Bahasa Melayu Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, Pelita Bahasa Melayu Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III (PBM III) pada tahun 1947. Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962. Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965. | BAHASA | Penerbitan |
SULTAN ABDULLAH MUKARRAM SYAH | SULTAN ABDULLAH MUKARRAM SYAH (1750 – 1798), Sultan Kedah yang ke-20 (1778 – 1798). Baginda diputerakan di Kota Setar, Kedah. Baginda menjadi Sultan Kedah menggantikan ayahandanya, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Syah II pada tahun 1778. Dua tahun kemudian baginda mendirikan Kota Kuala Bahang, Kuala Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SIHIR HUJAN | SIHIR HUJAN, kumpulan puisi Sapardi Djoko Damono. Kumpulan puisi yang mengandungi 51 halaman ini diterbitkan pada tahun 1984 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sihir Hujan mengandungi 51 puisi. Kumpulan puisi ini telah memenangi Anugerah Puisi Putera II pada tahun 1983, anjuran bersama GAPENA dan Bank Bumiputra Malaysia Berhad. | SASTERA | Karya |
BUKIT PUTERI | BUKIT PUTERI, kubu pertahanan. Bukit ini terletak lebih kurang 728 km ke selatan Kuala Sungai Terengganu. Bukit ini merupakan kubu pertahanan bagi sultan-sultan yang memerintah Terengganu daripada serangan musuh, sama ada dari dalam mahupun luar negeri pada zaman lampau. Antara istana yang didirikan berhampiran dengan bukit ini termasuklah Istana Maziah, iaitu Istana Sultan Mansur Syah II dan Istana Hijau. Ketinggian bukit ini lebih kurang 152 m dengan keluasan 688 hektar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III | Kapsyen : Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |