PORTULAKA | Portulaka ialah nama sekumpulan herba yang mempunyai bunga kecil berwarna merah, kuning, samar, putih, atau ungu. Lumut ros di Brazil, yang ditanam sebagai bunga taman, tumbuh leper di atas tanah atau setinggi 30 sentimeter. Daunnya halus, berisi, kira-kira 2.5 sentimeter panjangnya. Portulaka laman dapur yang juga dikenali sebagai purslane , tumbuh kira-kira 45 sentimeter tingginya dan mempunyai bunga kuning terang kira-kira 15 milimeter lebarnya, dan daun yang lebar. | UMUM | |
KUMBANG KURA-KURA | Kumbang kura-kura ialah kumbang kecil yang badannya bulat berbentuk seperti separuh kacang pis. Ia sering berwarna merah atau kuning dan berbintik-bintik hitam, merah, putih atau kuning. | UMUM | |
WARNA | WARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda. Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang. Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan. Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu). Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu. | BUDAYA | Konsep |
ORIOL | Oriol ialah nama dua kumpulan burung hutan yang berlainan, yang berbulu terang, terutamanya berwarna kuning dan hitam, atau merah dan hitam. Oriol Dunia Lama biasanya bersarang tinggi di atas pokok, sarangnya tergantung di antara dahan yang bercabang. Atau, ia cenderung bersarang dalam lubang pada pokok. Oriol bersiul dengan kuat, yang seakan-akan bunyi seruling. Oriol memakan buah dan serangga. Oriol keemasan bersarang di Eropah dan menghabiskan musim sejuk di Afrika. Oriol Amerika tergolong dalam famili burung hitam. Lihat Burung hitam. Pengelasan saintifik. Oriol Dunia Lama tergolong dalam famili Oriolidae. Oriole Eropah ialah Oriolus oriolus. Oriole Amerika tergolong dalam famili Icteridae. | UMUM | |
OKER | Oker ialah sejenis tanah yang dikisar menjadi serbuk halus dan digunakan sebagai pigmen bagi minyak linsid atau beberapa jenis minyak lain untuk membentuk cat lukisan. Warnanya pelbagai, daripada kuning pucat kepada merah kecoklatan. Sesetengah oker berwarna kuning berubah menjadi merah apabila dipanaskan. Oker terdiri daripada oksida besi yang dicampur dengan tanah liat dan pasir. | UMUM | |
ADONIS | Adonis ialah nama kumpulan tumbuhan yang tumbuh liar di Eropah dan Asia. Kadangkala ia juga ditanam di taman. Beberapa jenis Adonis boleh tumbuh setinggi 30 sentimeter. Bunganya berwarna kuning atau merah dan mempunyai lima hingga 16 kelopak. Adonis musim luruh, atau bunga mata kuang, mengeluarkan bunga berkelopak merah muda. | UMUM | |
RANUNKULUS | Ranunkulus ialah nama saintifik bagi kira-kira 250 spesies tumbuhan saka dalam famili butterkup. Tumbuhan ini mempunyai akar berubi. Kebanyakan spesies berbunga putih, kuning atau merah. Bunganya berbentuk mangkuk dan cenderung menjadi leper apabila kembang. | UMUM | |
PANSI | Pansi ialah sejenis violet yang biasa ditanam. Bunganya yang cantik berwarna ungu, violet, biru, kuning, putih, perang, merah tua, atau campuran warna ini. | UMUM | |
AKAR BAHAR | Akar bahar ialah karang berwarna-warni berbentuk pipih bak kipas. Ia mempunyai rangka yang kuat dan fleksibel yang bercabang untuk membentuk selirat. Akar bahar sebenarnya terdiri daripada koloni haiwan karang individu yang dikenali sebagai polip. Polip ini tumbuh daripada tisu lembut yang meliputi rangka. Akar bahar biasa terdapat di terumbu dan perairan cetek di sepanjang pantai Florida, Amerika Syarikat dan Hindia Barat. Ia sering berwarna merah, kuning, jingga, atau ungu terang. | UMUM | Umum |
PUKUL EMPAT | Pukul empat juga dikenali sebagai keajaiban Peru , ialah tumbuhan saka yang menarik (tumbuhan yang hidup lebih daripada satu tahun) yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Ia mudah tumbuh, dan sering ditanam sebagai tumbuhan tahunan (tumbuhan yang hidup hanya satu tahun). Pukul empat tumbuh daripada kira-kira 60 hingga 120 sentimeter tingginya. Bunganya yang harum berwarna putih, samar, merah, kuning, atau campuran beberapa warna ini. Apa yang kelihatan sebagai bunga adalah sebenarnya involukre (braktea yang diubahsuai) yang berwarna-warni yang mengelilingi bunga sebenar yang halus. Pukul empat mendapat namanya kerana bunganya kembang pada lewat petang dan kuncup pada waktu pagi. | UMUM | |