Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id akronim bagi Lembaga Kebudayaan Rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata LEKRA


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEKRA

LEKRA, organisasi kebudayaan Indonesia. LEKRA adalah singkatan daripada Lembaga Kebudayaan Rakyat. LEKRA ditubuhkan pada 17 Ogos 1950 di Jakarta. Organisasi kebudayaan ini didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Pemimpin LEKRA terdiri daripada D.N. Aidit (Ketua PKI) Njoto, (wakil Ketua II dalam Politburo PKI), M.S. Ashar, A.S. Dharta, dan Joebaar Ajoeb. Setiausaha Pusat LEKRA ialah A.S. Dharta, M.S. Ashar, dan Herman Arjuno (masing-masing Setiausaha I, II dan III). Henk Ngantung dan Joebaar Ajoeb menjadi ahli pada Sekretariat Pusat. Keseluruhan pimpinan Pusat LEKRA terdiri daripada 41 orang yang merancang dan mengendalikan dasar perjuangan LEKRA menurut arahan PKI.

SASTERAInstitusi/Organisasi
BAKRI SIREGAR

BAKRI SIREGAR (1922 -     ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 14 Disember 1922 di Langsa, Aceh, Indonesia. Bakri Siregar pernah bertugas sebagai sidang pengarang akhbar Pendorong dan majalah Arah di Medan. Namun sebagai seorang pakar dalam bidang bahasa dan sastera Indonesia, dia lebih banyak mengajar. Dari tahun 1956 hingga tahun 1957, Bakri mengajar di University of Warsaw, Poland. Dia pernah menjadi pensyarah bahasa Indonesia di Falkutas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sumatera Utara, Medan (1957 – 1959) di samping mengajar di sekolah swasta. Setelah itu, dia dilantik sebagai pensyarah Sejarah Sastera Indonesia Moden di Universiti Beijing, China (1959 – 1962). Bakri pernah menjadi anggota Pimpinan Pusat Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) (1959 – 1965); Ketua Umum, Lembaga Sastera LEKRA (hingga 1965), dan setelah Gerakan 30 September (GESTAPU) meletus, dia ikut ditahan hingga tahun 1977.

SASTERATokoh
LESBUMI

LESBUMI, persatuan seniman dan budayawan muslim Indonesia. LESBUMI adalah singkatan Lembaga Seniman Budayawan Muslimin Indonesia. LESBUMI ditubuhkan oleh Nahdatul Ulama pada 28 Mac 1962 di Jakarta. LESBUMI berusaha untuk menghimpun para seniman dan budayawan Muslimin Indonesia dalam suatu wadah untuk menghadapi kritikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI).

SASTERAInstitusi/Organisasi
MANIFES KEBUDAYAAN

MANIFES KEBUDAYAAN, dokumen kebudayaan. Dokumen ini merupakan pernyataan sikap sejumlah seniman dan budayawan Indonesia, yang pada dasarnya menentang Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) dengan segala aktivitinya. Pernyataan ini disusun oleh Wiratmo Soekito pada 17 Ogos 1963, ditandatangani para pendukungnya di Jakarta pada 23 Ogos 1963, dan dimuat pertama kalinya dalam ruangan kebudayaan akhbar harian Berita Republik, 19 Oktober 1963 dan majalah Sastra, bulan September/Oktober 1963.

SASTERADisiplin Ilmu
SI KEBAYAN

SI KEBAYAN,  drama komedi dua babak oleh Utuy Tatang Sontani.  Ia ditulis di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 1959 dan diterbitkan pada tahun 1961 oleh Bahagian Penerbitan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA), Jakarta.  Naskhah drama ini ditulis dalam bentuk cerita atau novel, sehingga gambaran pentas, perwatakan dan dialog watak dilukiskan dengan bahasa penceritaan.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
KLARA AKUSTIA

KLARA AKUSTIA  (1923-    ), pengkritik dan penyair  Indonesia. Dia lahir pada 7 Mac 1923 di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia. Dia pernah menggunakan nama samaran A.S. Dharta, Yogoswara, Kelara Asmara dan Rodji. Dia muncul sebagai seorang penulis terutama puisi pada tahun 1950-an hingga pertengahan tahun 1960-an iaitu setelah tumpasnya Gerakan 30 September 1965 (Gestapu). Klara Akustia terlibat secara langsung dalam mendirikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) pada 17 Ogos 1950 bersama-sama beberapa orang lain termasuklah D.N. Aidit, M.S. Ashar, Njoto, Henk Ngantung dan Joebaar Ahoeb.

SASTERATokoh

Kembali ke atas