Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERUSAN CORINTH

Terusan Corinth, menyediakan laluan air di

antara Teluk Corinth dan Teluk Saronic di bahagian

tengah timur Greece. Panjangnya terusan ini ialah 6

kilometer. Ia merentasi sejalur tanah yang sempit

yang menyambung Semenanjung Peloponnesus

dengan tanah besar Greece yang lain.

Sebuah syarikat Perancis mula membina terusan

ini pada tahun 1882, dan Greece menyiapkannya

pada tahun 1893. Satu percubaan untuk membina

sebuah terusan seperti itu telah pun dibuat oleh

Nero, Maharaja Rom, pada tahun 67 M.

UMUM 
SUNGAI SAÔNE

Sungai Saône ialah laluan air di timur Perancis.

Ia bermula berhampiran kaki bukit di Gunung

Vosges dan mengalir sejauh 431 kilometer. Sungai

Saône, cawangan Sungai Rhône yang terpenting

bertemu di Lyon. Kapal ringan boleh belayar

melaluinya sejauh 373 kilometer. Bandar

perindustrian Chalon-sur-Saône terletak di

tebingnya. Terdapat terowong yang

menghubungkan Sungai Saône ke Moselle,

Marne, Yonne dan Sungai Loire. Untuk lokasi, lihat

Perancis (peta muka bumi).

UMUM 
SUNGAI WESER

Sungai Weser adalah laluan air yang penting di

Jerman. Hulu air utamanya, iaitu Werra, berpunca

dari lereng barat daya Hutan Thüringian di tengah

Jerman. Sungai Weser berliku-liku sepanjang 700

kilometer ke kualanya di Laut Utara, berhampiran

Bremerhaven. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta

muka bumi). Pada tahun 1894, selatnya telah

diperdalamkan dari kualanya ke Bremen, kira-kira

72 kilometer ke selatan, supaya kapal-kapal besar

boleh belayar ke Bremen.

UMUM 
SUNGAI VISTULA

Sungai Vistula ialah laluan air yang penting di

kawasan timur Eropah Tengah. Sungai ini ialah

laluan yang sesak di Poland. Sungai Vistula

bermula di Pergunungan Carpathian di bahagian

selatan Poland, dan seterusnya mengalir mengikut

laluan berlingkar ke arah utara. Sungai ini

merentasi bandar Warsaw dan mengalir dalam

beberapa cawangan sebelum memasuki Laut

Baltik. Gda´nsk terletak di kuala Sungai Nogat, iaitu

cawangan sungai tersebut yang paling ke barat.

Lihat Poland (peta rupa bumi).

UMUM 
TASIK-TASIK BESAR

Tasik-tasik Besar, Tasik Superior , Michigan ,

Huron, Erie, dan Ontario – lima Tasik-tasik Besar –

ialah kumpulan tasik air tawar yang terbesar di dunia.

Tasik ini menjadi laluan air daratan yang terpenting di

Amerika Utara. Tasik ini merupakan laluan utama

yang digunakan oleh pengembara dan peneroka

awal di Wilayah Barat Daya. Tempat ini adalah rantau

yang luas yang kini ialah Amerika Syarikat. Ia

termasuk Ohio, Indiana, Illinois, Michigan,

Wisconsin , dan sebahagian daripada Minnesota.

UMUM 
ALUR

Alur, laluan air yang mungkin terjadi secara semulajadi atau akibat tindakan manusia. Semasa hujan, air yang sampai ke tanah akan mengalir melalui alur kecil ke tempat yang lebih rendah. Alur kecil ini tidak kekal.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TERUSAN SUEZ

Terusan Suez merupakan sebuah terusan buatan

manusia yang sempit di Mesir. Panjang terusan ini

ialah 190 kilometer yang menjadi penghubung

antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah.

Dengan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869,

jalan laut dari United Kingdom ke India menjadi

semakin dekat sekitar 9700 kilometer. Terusan Suez

menjadi jalan laluan air yang tersibuk di dunia

sehinggalah terusan ini ditutup pada tahun 1967,

iaitu semasa perang Arab-Israel.

UMUM 
SUNGAI DVINA

Sungai Dvina ialah nama dua batang sungai di

Eropah Timur. Sebatang sungai dikenali sebagai

Drina Barat atau Daugava, bermula di barat

Moscow, Rusia dan mengalir ke Teluk Riga di Riga,

Latvia. Sungai ini panjangnya 1019 kilometer.

Sebatang sungai lagi, dikenali sebagai Dvina

Utara, merupakan laluan air yang penting di barat

laut Rusia. Dvina Utara, terbentuk dari cantuman

Sungai Sukhona dan Vychedga ialah sepanjang 732

kilometer. Ia mengalir ke Laut Putih di pelabuhan

Arkhangelsk. Kapal stim belayar di Dvina. Sungai

ini bercantum dengan Sungai Neva dan Volga oleh

Terusan Dvina Utara. Untuk lokasi kedua-dua

sungai, lihat Rusia (peta muka bumi).

UMUM 
TERUSAN KAPAL WELLAND

Terusan Kapal Welland ialah salah sebuah

projek kejuruteraan Kanada yang terbesar. Ia

membentuk bahagian penting bagi Jalan Laut St.

Lawrence . Terusan ini menyediakan jalan laut yang

boleh dilayari oleh kapal sejauh 44 kilometer

antara Tasik Ontario dan Tasik Erie. Satu-satunya

hubungan semula jadi antara kedua-dua tasik ini

hanyalah melalui Air Terjun Niagara. Tetapi jeram

dan curam yang deras menyebabkan sebahagian

besar air terjun ini tidak dapat digunakan sebagai

laluan air komersial.

UMUM 
TEROWONG

Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong

digali menembusi bukit dan gunung dan juga di

bawah bandar serta jalan air. Terowong

menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan

landasan kereta api merentangi halangan semula

jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam

perlombongan untuk sampai ke tempat bahan

galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi.

Terowong juga digunakan untuk membekalkan

jumlah air yang banyak untuk loji kuasa

hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan

air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga

terowong digunakan untuk mengangkut sisa

sistem pembetungan.

UMUM 
12

Kembali ke atas