MAS | MAS, (1924 - ), penulis Singapura. Dia lahir pada 6 Disember 1924 di Outram Road, Singapura. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ariff Ahmad. Dia menggunakan nama samaran M. Arba, Mas Malaya, Mas Tanjung Malim, Mas Tomo, M. Foerida, Minamoria, P.L. Raja Udang dan Perwira Jaya. | SASTERA | Tokoh |
SUNGAI MAS | SUNGAI MAS, pusat kerajaan dan pelabuhan di Lembah Bujang, kerajaan Kedah tua pada abad ke-5 M. Sungai Mas adalah salah sebuah anak sungai kepada Sungai Muda. Di tebingnya terletak sebuah kampung yang dikenal dengan nama Kampung Sungai Mas. Kampung tersebut terletak dalam daerah Kuala Muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KERIS MAS (KAMALUDIN HAJI MUHAMMAD) | | UMUM | |
ABDULLAH BIN MAS'UD | tokoh | AGAMA | Tokoh |
MAS’UDIY, AL | Mas’udiy, al ( ? – ? ) menguasai banyak warisan kesusasteraan pada zamannya yang merangkumi pelbagai jenis ilmu. | UMUM | |
‘ABDULLAH IBN MAS‘UD | ‘Abdullah ibn Mas’ud (? –32 H./? –653 M.) ialah salah seorang daripada para sahabat besar dan berketurunan Huzaliy yang tinggal di Makkah. Dia termasuk dalam kalangan golongan yang terawal memeluk Islam. ‘Abdullah r.a. pernah berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali. Di samping itu, dia turut berjuang bersama-sama Rasulullah SAW dalam beberapa peperangan dan menjadi orang suruhan nabi yang setia serta sentiasa menemani Baginda sewaktu menyelesaikan sesuatu urusan dan perjalanannya. Dalam Perang Badar, dia berlawan dengan Abu Jahal. | UMUM | |
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS) | Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ialah sistem penerbangan Malaysia yang memulakan operasinya pada tahun 1937. Pada masa itu, ia dikenali sebagai Malaysia Airways Ltd. (MAL) yang menggabungkan tiga syarikat, iaitu Ocean Steamship Company of Liverpool, The Straits Steamship Company of Singapore dan Imperial Airways. Syarikat penerbangan antara Singapura dan Pulau Pinang. | UMUM | |
MAS COTEK | Mas cotek, tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai telinga beruk atau serapat angin. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
KERIS MAS | KERIS MAS (1922-1992), penulis dan Sasterawan Negara yang pertama (1981). Dia lahir pada 10 Jun 1922 di Bentong, Pahang. Nama sebenarnya ialah Kamaludin Muhammad. | SASTERA | Tokoh |
MAS MARCO KARTODIKROMO | MAS MARCO KARTODIKROMO (1889-1932), nasionalis, wartawan dan penulis Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sumarko Kartodikromo. Dia lahir di Cepu, Jawa Tengah, Indonesia. Dia lebih terkenal dengan panggilan Mas Marco melalui tulisan dan kegiatannya dalam pergerakan antipenjajah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |