Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : isteri atau suami kpd anak sendiri: Mak Tijah keberatan utk menerima Karim sbg ~nya; bermenantu mempunyai menantu: tidak lama lagi dia akan ~ pula; bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil akan menantu: kalau kita ~ anak orang senang, banyak olahnya dan cerewetnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : isteri atau suami kpd anak sendiri. bermenantu mempunyai menantu. bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu; mengambil sbg menantu: Ia ~ orang yg terpelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MENANTU

Puisi
 

Naik bukit terkedok-kedok,
     Hendak cari damar batu;
Habis kering bergadai golok,
     Hendak sambut anak menantu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Anak seorang,
     menantu malim.

Bermaksud :

Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIR HASSAN

MIR HASSAN (   ?   -   ?   ), penglipur lara Melayu.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah menantu Pawang Ana. Mir Hassan dan Pawang Ana merupakan tokoh penglipur lara Melayu awal yang mendapat perhatian pentadbir British di Tanah Melayu, terutamanya R.J. Wilkinson dan R.O. Wintedt yang berminat mengkaji kesusasteraan Melayu lama.  Tiga buah cerita lipur lara yang dituturkan oleh Mir Hassan ialah Raja Donan, Hikayat Seri Rama dan Raja Ambung.  Rangka cerita Raja Donan yang dituturkan oleh Mir Hassan menyerupai bentuk rangka cerita tuturannya yang lain. 

SASTERATokoh
TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJARTUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? – ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka.  Nama asalnya ialah Raden Bagus.  Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka.  Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama.  Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun  Perpatih Peramuka Berjajar.  Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATU PIANG

DATU PIANG (? -1902), pemimpin tradisional di Cotabato, selatan Filipina pada akhir abad ke-19. Dia juga dikenal dengan nama Amai Mengka dan Tuye Tan, mempunyai darah campuran Cina dan Maguindanao. Datu Piang mendapat kepercayaan Datu Uto, orang yang paling berkuasa di lembah Sungai Pulangi atau Cotabato, sehingga dia dilantik sebagai orang kanan Datu Uto untuk mengurus semua harta dan perbelanjaan Datu Uto. Dia juga menantu Datu Ayunan, salah seorang datu yang berpengaruh di Cotabato.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KEJATUHAN MELAKA

KEJATUHAN MELAKA, peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Faktor dalaman dirangsang oleh sebab peribadi yang timbul akibat pergeseran berterusan antara dua golongan pembesar Melaka yang terdiri daripada pembesar Melayu dan pembesar Melayu Tamil-Islam. Kemunculan pembesar Melayu yang mewarisi  darah Tamil-Islam bermula apabila Mani Purindan diambil sebagai menantu oleh Seri Nara Diraja pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Mani Purindan memperoleh dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Wati. Tun Ali kemudiannya mewarisi gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah. Perkahwinan antara Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim yang kemudian menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Muzaffar Syah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SULTAN ABDUL JALIL SYAIFUDDIN

SULTAN ABDUL JALIL SYAIFUDDIN (? - ?), Sultan Siak (1791 – 1811).  Pada tahun 1780-an, Siak berpecah-belah kerana masalah politik dalam negeri, pemberontakan dan perang saudara.  Pada masa itu Siak di bawah pemerintahan Sultan Yahya.  Sayid Ali yang berkahwin dengan adik Sultan Yahya yang bernama Tengku Sakol mengambil kesempatan ini untuk merebut takhta.  Sayid Ali adalah putera Sayid Osman, menantu Raja Alam dari Siak.  Sayid Ali telah mengumpulkan kekuatan di Bukit Batu dengan bantuan sebahagian besar Orang Besar Siak dan bantuan tentera dari Padang.  Akhirnya, dia berjaya merebut takhta pada tahun 1791 dan mengisytiharkan  dirinya sebagai Sultan Siak dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syaifuddin.  Setelah dia berjaya merebut takhta Siak, dia memberi gelaran kepada Raja Lamkanuddin, Raja Padang sebagai Sultan Magedar Alam yang menjadi raja di Padang dan Bedagai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas