Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekutu (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan,
Berantonim dengan individu

Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETUA HAKIM NEGARA

Ketua Hakim Negara, jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara. Pemegang jawatan ini mengetuai Mahkamah Persekutuan.

UNDANG-UNDANGJawatan/Gelaran
SULTAN AZLAN SHAH

Sultan Azlan Shah (1928– ) ialah Sultan Perak

yang ke-34 (1984– ). Baginda juga terkenal dalam

bidang perundangan dan pernah memegang jawatan

penting seperti Hakim Mahkamah Persekutuan (1973),

Hakim Besar Malaya (1979) dan Ketua Hakim Negara

(1980). Selain itu, baginda pernah menjadi Timbalan

Yang di-Pertuan Agong dari 29 April 1984 hingga 25

April 1989 dan Yang di-Pertuan Agong dari 29 April

1989 hingga 25 April 1994.

UMUM 
CHANG MIN TAT, TAN SRI DATUK

Chang Min Tat, Tan Sri Datuk (1916 - 2007), bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau dilahirkan di Ipoh pada bulan April 1916 dan menerima pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura.

UNDANG-UNDANGTokoh
WAN SULAIMAN PAKWAN TEH

WAN SULAIMAN PAKWAN TEH, Tan Sri (1926-     ),  Hakim Mahkamah Persekutuan (1974-1988).  Dia lahir pada 17 Mei 1926 di Teluk Intan, Perak. Wan Sulaiman mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang sastera dari Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan memperoleh Barrister-at-Law dari Loncoln’s, London pada tahun 1955.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AUSTRALIA, SISTEM PERUNDANGAN

Australia, Sistem perundangan. Sistem

perundangan Australia sebahagian besarnya

berdasarkan sistem perundangan England. Banyak

undang-undang Australia kini berasal daripada

undang-undang Inggeris yang dibawa oleh

peneroka awal. Tetapi, Australia adalah

persekutuan enam buah negeri. Dalam pengertian

sebenar, Australia mempunyai beberapa sistem

perundangan, bukannya satu. Ini kerana setiap

negeri mempunyai sistem mahkamah negerinya

sendiri dan mempunyai undang-undang yang

hanya dilaksanakan di dalam negeri. Di samping

itu, Australia mempunyai sistem mahkamah

persekutuan dan undang-undang persekutuan

yang dilaksanakan di seluruh negara.

UMUM 

Kembali ke atas