Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n see MECCA. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Makkah

Puisi
 

Nampak dari tanah Makkah,
     Di sana ramai anak bidadari;
Sabarlah kita sebelum nikah,
     Sama-samalah menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH

Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah

salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab

Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah

Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi,

bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya,

daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya,

daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di

baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di

atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah

Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al-

Mukarramah yang menyaksikan turunnya

perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al-

Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al-

Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan

rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia

merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas

muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan

ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah

dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan

dan pembangunan kerana ia merupakan tempat

tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun.

UMUM 
MAKKAH, PEMBUKAAN

Makkah, Pembukaan. Peristiwa pembukaan

Makkah berlaku pada 20 Ramadan tahun 8 H.

Sebab berlakunya pembukaan atau penaklukan ini

adalah kerana dalam syarat-syarat perjanjian

Hudaibiyah sebelum itu telah dinyatakan antara

lain:

     “Sesiapa yang mahu berikat dengan

Muhammad dan membuat perjanjian dengannya,

maka ia bebas berbuat demikian dan sesiapa yang

mahu berikat dengan kaum Quraisy dan membuat

perjanjian dengannya, maka ia bebas berbuat

demikian”.

UMUM 
MAKKAHMakkah, bandar suci penganut agama Islam. Bandar ini terletak di Arab Saudi. Makkah ialah perkataan Arab yang bermaksud lembah yang sempit.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Makkah al-Mukarramah ialah bandar yang

paling terkenal di dunia Islam. Seluruh hati para

Muslimin di segenap ceruk penjuru dunia

tertumpu padanya. Di sanalah terletak tempat suci

Islam seperti Masjidilharam, Kaabah, Mina,

Muzdalifah dan Arafah.

UMUM 
SYEIKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN

Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin (1869–1957),

ulama dan pengarang. Ketika berusia 13 tahun, dia

pergi ke Makkah bersama sepupunya, Syeikh

Ahmad Khatib al-Minangkabau. Di Makkah

mempelajari ilmu nahu, saraf, mantiq, fiqh, bayan,

maani, handasah dan lain-lain lagi. Dia juga bertugas

menguruskan jemaah haji yang datang ke Makkah.

UMUM 
PERANG BADAR AL-KUBRA

Perang Badar al-Kubra meletus pada 17

Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan dengan

tahun 624 M. antara orang Islam dengan orang kafir

Makkah al-Mukarramah. Faktor utama berlakunya

peperangan ini ialah orang Quraisy telah menyeksa

dan merampas harta orang Islam sehingga

memaksa mereka berhijrah ke Madinah dengan

meninggalkan rumah tangga di Makkah al-

Mukarramah. Orang kafir juga telah menghalang

orang Islam daripada menunaikan haji dan umrah.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mahu melemahkan

kekuatan orang kafir Quraisy dengan menghalang

jalan perdagangan mereka dari Makkah al-

Mukarramah ke Syam.

UMUM 
SALAP GILEAD

Salap gilead , juga dinamakan salap Makkah,

ialah resin yang dihargai sejak zaman purba

kerana keharumannya dan nilainya sebagai salap

ubatan. Ia didapati daripada sap pokok kecil malar

hijau yang terdapat di Semenanjung Arab dan

Ethiopia. Ia mungkin juga salap yang disebut

dalam kitab Bible (Jer. 8:22; Ezek. 27:17). Namanya

juga digunakan untuk bahan aromatik yang

diperoleh dari sejenis poplar balsam .

Lihat juga Poplar; Resin.

UMUM 
SHAFI‘I, AL-

Shafi‘i, al- (150–204 H./767–820 M.), pengasas

mazhab Syafi’i. Nama penuhnya ialah Muhammad

ibn Idris ibn al-‘Abbas ibn ‘Uthman ibn Shafi‘i al-

Quraisy ibn ‘Abd al-Muttalib ibn ‘Abd al-Manaf. Dia

juga dikenali juga sebagai Imam Syafi’i. Dia

dinisbahkan kepada Shafi‘i hingga dikenali sebagai

al-Shafi‘i. Ada juga yang menasabkannya kepada

‘Abd al-Muttalibiy dan dikenali sebagai al-Muttalibiy.

Terdapat pula pendapat yang menasabkan al-Shafi‘i

kepada Makkah, tanah kelahiran bapa, datuk dan

neneknya lalu dikenali sebagai al-Makkiy. Namun,

gelaran yang pertama, al-Shafi‘i lebih terkenal. Al-

Shafi‘i lahir di bandar Gaza di Palestin. Bapanya, Idris

berpindah ke sana meninggalkan Makkah semata-

mata untuk melihatnya. Namun bapanya meninggal

dunia semasa ibunya sedang hamil. Selepas ibunya

melahirkannya dan menetap selama dua tahun di

Gaza, mereka berpindah ke Makkah. Di Makkah, al-

Shafi‘i menghafal al-Qur’an semasa berusia tujuh

tahun dan menghafaz kitab al-Muwatta’ ketika

berusia 10 tahun. Dia sering bergaul dengan kabilah

Huzayl, iaitu antara kabilah Arab yang terbaik dari

segi kefasihan bahasanya dan dia banyak mendapat

manfaat daripada pergaulan ini dengan menghafal

syair-syair serta perumpamaan Arab daripada

mereka. Al-Shafi‘i mempelajari fiqh Maliki daripada

Imam Malik sendiri. Di samping itu, dia turut

berguru dengan Sheikh Masjidilharam yang juga

muftinya, iaitu Muslim ibn Khalid al-Zanjiy yang

meninggal dunia pada tahun 180 H. dan Sufyan ibn

Uyaynah al-Hilaliy yang meninggal dunia pada tahun

198 H. serta beberapa tokoh ulama lain. Kemudian

dia berhijrah ke Yaman kerana menerima satu

jawatan yang ditawarkan oleh Mas‘ab ibn ‘Abdullah

al-Quraisy, kadi Yaman. Seterusnya dia berhijrah

pula ke Iraq pada tahun 184 H. Dia belajar daripada

ulama di Iraq dan ulama Hijaz pula mengambil ilmu

daripadanya.

UMUM 
MUSLIM IBN ‘AQIL

Muslim ibn ‘Aqil, tabii yang cerdik, alim serta

berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn

‘Aqil ibn Abu Talib ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim.

Ketika al-Husayn ibn ‘Ali berhajat untuk keluar

menghadapi Yazid ibn Mu’awiyah, dia telah dihantar

oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk

meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn

menerima banyak surat yang menyerunya agar

datang ke Kufah untuk dibai’ah.

UMUM 
PERJANJIAN HUDAIBIYAHPerjanjian antara penduduk Islam Madinah yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan Suhail bin 'Amr, wakil pihak Musyrikin Makkah.AGAMAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
12345678

Kembali ke atas