Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.si.hi] | مسيحي

Definisi : Kristian; agama ~ agama Kristian; kurun (tahun) ~ (tahun) yg dihitung dr tarikh Nabi Isa dilahirkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.si.hi] | مسيحي

Definisi : Kristian; Nasrani. tahun (kurun) ~ tahun (kurun) yg dikira dr tarikh kelahiran Nabi Isa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Masihi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAHUN MASIHIKonsepFIZIKKonsep
S.M.

S.M.ialah singkatan bagi Sebelum Masihi (B.C

dalam bahasa Inggeris adalah singkatan bagi

Before Christ ). Pada tahun 532 M., seorang rahib

bernama Dionysius Exiguus berusaha mencipta

satu sistem Kristian untuk mentarikhkan peristiwaperistiwa

yang bermula dengan tahun yang

dipercayainya adalah tahun Christ dilahirkan. Dia

menamakan tahun-tahun selepas peristiwa ini anno

Domini (dalam tahun Tuhan kita), seperti A.D. 532

(atau 532 M. dalam bahasa Melayu). Tahun-tahun

sebelum kelahiran Christ dinamakan Before Christ

dalam bahasa Inggeris atau Sebelum Masihi,

seperti pada tahun 400 B.C/S.M.

UMUM 
M.

M. ialah kependekan bagi Masihi. Pada tahun 532,

paderi Dionysius Exiguus memulakan sistem

menarikhkan peristiwa dalam agama Kristian,

bermula dengan tahun yang dipercayainya Christ

dilahirkan. Dia menamakan tahun selepas peristiwa

anno Domini dalam bahasa Latin, yang bermakna

dalam tahun tuhan kita.

UMUM 
PERANG AL-QADISIYYAH

Perang al-Qadisiyyah berlaku pada bulan

Muharam tahun 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi.

Peperangan ini berlaku antara orang Islam dengan

Parsi pada zaman Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab.

Setelah berlakunya peperangan al-Buwaib, Parsi

telah mengetahui beberapa ancaman yang akan

menggugat negara mereka. Oleh yang demikian,

Parsi telah memulakan persiapan untuk serangan

yang baru dan berasingan. Mereka telah

mengerahkan penduduk tempatan di bawah

naungan orang Islam.

UMUM 
ISKANDAR ZULKARNAINISKANDAR ZULKARNAIN (sebelum Masihi), tokoh ini ada disebut di dalam al-Quran (Surah XVIII): 83-93). Cerita Iskandar Zulkarnain mulanya ditulis dalam bahasa Yunani pada sekitar abad pertama S.M. dan menjadi begitu popular sehingga terdapat banyak versi dalam pelbagai bahasa.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MURABITUN, KERAJAAN

Murabitun, Kerajaan merupakan satu

daripada kerajaan Islam yang muncul dalam

lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H.

bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah

barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu

Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al-

Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah.

bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan

penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun

urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang

melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian

utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian

selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun,

penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia

menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah

mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan

menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana

berjaya menguasai beberapa bahagian di padang

pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang

Barbar dan Arab.

UMUM 
FUNAN

FUNAN, kerajaan Melayu tua yang ditubuhkan pada abad pertama Masihi. Funan merupakan sebuah kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu. Batu bersurat Funan yang pertama ditemui dalam bahasa Sanskrit selepas satu abad setengah daripada atrikh penubuhannya oleh seorang brahmin yang berkahwin dengan seorang puteri Funan. Nama asal Funan tidak diketahui tetapi perkataan tersebut disesuaikan dengan sebutan Cina daripada perkataan Khmer “bnam” atau “phnom” yang bermaksud gunung. Pusat kerajaan Funan terletak di kawasan delta Sungai Mekong. Pada masa kemuncak kekuasaannya wilayah Funan meliputi Vietnam Selatan, bahagian tengah Mekong, sebahagian besar lembah Sungai menam dan Semenanjung Melayu. Seperti Campa, Funan merupakan sebuah persekutuan daripada beberapa buah negeri kecil yang berpengaruh Hindu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
TELUK ARAB

Teluk Arab ialah sebuah kawasan perairan

berbentuk jantung yang terletak di barat daya Asia

iaitu di antara Iran dengan Semenanjung Tanah

Arab. Teluk ini lebih dikenali di kalangan orang

Eropah sebagai Teluk Parsi. Orang pertama yang

menamakan Teluk Parsi ini ialah Niyarkhus,

pemimpin angkatan laut Iskandar Agung pada tahun

325 S.M. setelah menyusuri sepanjang pantai Parsi

tanpa menyedari kewujudan pantai yang lain. Pada

abad pertama Masihi, Balini menamakan teluk ini

sebagai Teluk Arab setelah dia menemui pantai

barat. Selat Hurmuz menyambungkan Teluk Arab

dengan Teluk Oman, yang dianggap sebagai

cabang bagi Lautan Hindi. Ia berukuran 800

kilometer panjang, 200 kilometer lebar dan 260 000

kilometer persegi luas. Kawasan yang paling dalam

di Teluk Arab berukuran 90 meter. Di teluk ini

banyak terdapat hidupan laut seperti kerang dan

udang.

UMUM 

Kembali ke atas