Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengikhtiarkan su­paya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melin­dungi, membela: jika kompeni menye­rang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Peribahasa

Berkeras tidak berkeris.

Bermaksud :

Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Seni mempertahankan diri ialah istilah umum

bagi pelbagai jenis seni tempur yang berasal dari

Timur. Kebanyakan seni mempertahankan diri yang

diamalkan pada masa ini berasal dari China, Jepun,

dan Korea. Terdapat beratus-ratus jenis seni

mempertahankan diri, masing-masing mempunyai

gaya dan sistem yang tertentu.

UMUM 
WUSYUSejenis sukan mempertahankan diriSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
MOORE, GEORGE EDWARD

Moore, George Edward (1873–1958), ahli

falsafah British yang mempengaruhi ramai ahli

falsafah sezaman di United Kingdom. Dia

mempertahankan pandangan waras dan

menggalakkan kajian ‘bahasa biasa’ sebagai alat

falsafah.

Moore lahir di London. Dia menjadi profesor

falsafah di Cambridge University dan untuk

hampir 30 tahun mengedit jurnal falsafah Mind.

Tulisannya termasuk Principia Ethica (1903), Ethics

(1912) dan A Defence of Common-sense (1925).

UMUM 
SENJATA

Senjata. Senjata memainkan peranan penting

dalam sejarah manusia. Senjata membantu

manusia menakluk dan meneroka hutan belantara

yang besar dan luas dan mempertahankan rumah

tangga dan keluarga mereka daripada musuh.

Negara menggunakan senjata untuk melakukan

peperangan. Mereka terus membuat senjata baru

yang berupaya membunuh ramai manusia.

Ramai orang percaya bahawa senjata nuklear

ialah suatu ancaman yang paling besar terhadap

manusia disebabkan kuasa pemusnahnya yang

amat dahsyat.

UMUM 
ATHANASIUS, SAINT

Athanasius, Saint (295?–373) ialah ketua paderi

Kristian yang utama pada zamannya. Dia seorang

yang penting kerana banyak tulisannya yang

mempertahankan agama Kristian ortodoks

daripada bidasan penganut Aria. Aria ialah mazhab

agama yang percaya bahawa Tuhan bapa sahajalah

yang betul-betul tuhan. Athanasius juga

memperkenalkan cara hidup komuniti agama

Kristian Timur yang disebut sebagai kebiaraan

kepada agama Kristian Barat.

UMUM 
MAYHEM

Mayhem, dalam undang-undang, ialah kesalahan

menjadikan seseorang kurang berkemampuan

untuk mempertahankan diri.

UMUM 
KENDO

Kendo, seni mempertahankan diri Jepun yang menggunakan sejenis pedang yang diperbuat daripada buluh, dikenali sebagai shinai.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
ZENO ELEA

Zeno Elea (490? SM – 430 SM) ialah

ahli falsafah Yunani yang tinggal di tanah jajahan

Yunani, iaitu Elea di selatan Itali. Dia

mempertahankan ajaran gurunya, iaitu ahli

falsafah Parmenides, yang percaya apa yang

wujud adalah satu, kekal abadi, dan tidak berubah.

UMUM 
MORA, JUAN RAFAEL

Mora, Juan Rafael (1814–1860) ialah Presiden

Costa Rica yang berkhidmat dari tahun 1849

hingga tahun 1859. Dia digelar sebagai “Wira

Negara” kerana mempertahankan Amerika Tengah

daripada petualang Amerika, William Walker

pada tahun 1856 dan tahun 1857.

UMUM 
WILLIAM PITT

William Pitt (1708–1778), Earl of Chatham,

dikenang khususnya sebagai “perancang

kemenangan” dan pembina empayar ketika

Peperangan Tujuh Tahun, dan juga kerana

kesungguhannya mempertahankan hak kolonis

Amerika. Datuknya, Thomas Pitt, menolong

membina perdagangan British dengan India.

UMUM 
1234

Kembali ke atas