Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dlm bekas: Mahat duduk dan ~ kopi ke dlm cawan; 2. melebur (logam) dgn memanaskannya: ~ bijih timah; 3. mencetak leburan besi dll ke dlm acuan (utk membentuk sesuatu): (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mencurahkan benda cair dr sesuatu bekas: Sesudah ~ air minuman ke dlm cawan, ia pun pergi ke dapur. 2 meleburkan logam dgn memanaskannya. 3 mencetak leburan besi dll ke dlm acuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuang
Kata Terbitan : menuang, menuangkan, penuangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 
TUK BACHOKTUK BACHOK (1868-1953), ulama dan pendakwah.  Dia lahir di Kampung Tuk Burung, Bachok, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Othman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahab.  Dia menerima pendidikan awal daripada ayahnya.  Sewaktu umurnya meningkat belasan tahun, dia dihantar belajar di Kota Baharu, berguru kepada Pak Cik Musa dan Haji Daud Husin Kampung Menuang (Haji Daud Kechik).  Selepas beberapa tahun di Kota Baharu, dia menyambung pengajian agamanya di Pondok Kuala Bekah, Patani.  Semasa di sini, dia bertemu dan bersahabat dengan Tuk Selehor yang kemudiannya menjadi ulama terkenal.  Guru mereka di pondok ini bernama Haji Abdul Rashid.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas