Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terletak melintang di jalan, sungai dll; menggalang: Batang kelapa yg ~ di parit itu dijadikan titi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Merentang

Puisi
 

Anak enggang di kayu tinggi,
     Banyak daun merentang-rentang;
Anak dagang tak lama di sini,
     Sampai musim dia pulang.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NICARAGUA

Nicaragua ialah negara terbesar di Amerika

Tengah mengikut ukuran keluasan. Ia merentang

dari Lautan Pasifik ke Laut Caribbean. Lebih kurang

tiga per lima daripada penduduk negara ini tinggal

di kawasan yang subur yang menghadap Lautan

Pasifik. Di kawasan ini terletaknya Managua, ibu

negara dan bandar terbesar Nicaragua.

UMUM 
PERGUNUNGAN CAUCASUS

Pergunungan Caucasus ialah banjaran gunung

yang besar di Rusia, Georgia, dan Azerbaijan. Ia

merentang antara Laut Hitam dengan Laut Kaspia

sepanjang 1200 kilometer dari barat laut hingga ke

tenggara. Puncak yang utama ialah Gunung Elbrus

(5633 meter di atas aras laut), yang juga merupakan

puncak tertinggi di Eropah. Ramai ahli geografi

menganggap Caucasus sebagai garis sempadan

antara Eropah dengan Asia. Lihat Gunung Elbrus.

UMUM 
AWAN

Awan ialah jisim titisan air kecil atau hablur ais

halus yang terapung di udara. Awan putih gebu

yang terapung merentang langit biru, atau awan

yang berwarna-warni pada waktu matahari

terbenam merupakan sebahagian daripada

keindahan semula jadi. Awan juga memainkan

peranan penting bagi menentukan cuaca bumi. Air

yang mencurah turun daripada awan sebagai hujan

atau salji penting bagi semua bentuk kehidupan.

Awan boleh juga membawa kemusnahan, malah

ada kalanya kemalangan jiwa, apabila ia

menurunkan hujan batu atau tornado.

UMUM 
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
TIAN SHAN

Tian Shan, juga dieja Tien Shan,ialah banjaran

gunung di Asia Tengah. Ia memanjang sejauh

2400 kilometer ke timur laut dari Pergunungan

Pamir (lihat Pamir ). Ia merentang ke barat laut

China. Tian Shan bermaksud Gunung Indah. Ia

merupakan sistem pergunungan yang tertinggi di

utara Tibet. Puncak Pobeda, setinggi 7439 meter

di atas aras laut, ialah puncaknya yang tertinggi.

Banyak sungai mengalir ke utara dari Tian Shan ke

Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dan ke selatan

memasuki China. Sistem pergunungan ini

mempunyai beberapa glasier yang terbesar di

dunia. Jalan-jalan yang melalui genting merentas

banjaran Tian Shan. Untuk lokasi, lihat Asia (peta

rupa bumi).

UMUM 
MESOPOTAMIA

Mesopotamia ialah kawasan purba apabila

tamadun pertama dunia yang pertama berkembang.

Mesopotamia merangkumi kawasan yang kini

dikenali sebagai timur Syria, tenggara Turki dan

sebahagian besar negara Iraq. Kawasan ini

merentang dari Pergunungan Taurus di sebelah

utara, sehingga ke Teluk Parsi di sebelah selatan,

serta dari Pergunungan Zagros di sebelah timur ke

Gurun Syria di sebelah barat. Walau bagaimanapun,

pusat kawasan ini ialah kawasan di antara Sungai

Tigris dan Sungai Euphrates. Nama Mesopotamia

berasal daripada perkataan Yunani yang bererti

antara sungai .

UMUM 
TELUK NAPLES

Teluk Naples ialah serokan Laut Tyrrhenian,

yang merupakan cabang Laut Mediteranean. Teluk

ini terkenal dengan keindahan pemandangannya di

sepanjang pesisirannya dan airnya yang dalam

berwarna biru. Teluk Naples memanjang ke pantai

barat daya pantai Itali. Lebarnya kira-kira 32

kilometer di antara Tanjung Miseno dengan Point

Campanella dan merentang ke pedalaman sejauh

kira-kira 16 kilometer. Lihat juga Naples (gambar).

UMUM 

Kembali ke atas