| MONACO | Monaco ialah salah sebuah negara terkecil di dunia. Ia mempunyai keluasan tanah lebih kurang 1.95 kilometer persegi. Monaco terletak di kawasan Riviera Perancis, bersempadankan Laut Mediterranean. Perancis terletak di sempadan bertentangan. | UMUM | |
| KELLY, GRACE | Kelly, Grace (1929–1982), Puteri Grace dari Monaco ialah pelakon filem Amerika yang terkenal sebelum dia berkahwin dengan Putera Rainier III dari Monaco pada tahun 1956 (lihat Rainier III). Dia meninggal dunia selepas kemalangan jalan raya berhampiran Monaco. | UMUM | |
| NAURU | Nauru ialah negara pulau kecil di tengah Lautan Pasifik. Keluasannya hanya 21 kilometer persegi. Nauru ialah negara yang ketiga terkecil di dunia selepas Vatican City dan Monaco. Nauru kaya dengan fosfat – bahan kimia berharga yang digunakan untuk membuat baja tiruan. Eksport fosfat merupakan sebahagian besar pendapatan Nauru . | UMUM | |
| MONTE CARLO | Monte Carlo, pusat pelancongan yang terkenal di dunia. Monte Carlo ialah salah satu daripada empat bahagian di Monaco, negara kedua terkecil di dunia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |