Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar (jamak bagi muhajir) orang yg berhijrah bersama Nabi dr Mekah ke Madinah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg berhijrah bersama-sama dgn Nabi Muhammad SAW (dr Mekah ke Madinah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Muhajirin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAJIRIN

Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada

sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang

beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu

daripada orang lain. Mereka berhijrah

meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta

benda semata-mata untuk menegakkan kalimah

Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah

berfirman yang bermaksud:

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula

(berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang

Muhajirin dan Ansar”.

(Surah al-Tawbah 9:100)

UMUM 
‘ABDULLAH IBN ‘AMRU

‘Abdullah ibn ‘Amru(7 S.H.–65 H./616 M.–684

M.), sahabat besar yang berasal dari Makkah dan

termasuk golongan Muhajirin. Nama penuhnya

‘Abdullah ibn ‘Amru ibn al-As. Dia telah memeluk

Islam sebelum bapanya ‘Amru ibn al-As. Dia sentiasa

bersama-sama Rasulullah SAW dan merupakan orang

yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dia juga

berkebolehan dalam menulis dan membaca

semenjak kecil lagi dan turut mempelajari bahasa

Suryani serta mampu menulis dengan baik dalam

bahasa ini.

UMUM 
ANSAR

Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku

Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong

mereka di kalangan penduduk Madinah yang

beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul-

Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang terdahulu yang

mula-mula (masuk Islam) di antara orang-

orang Muhajirin dan Ansar …”

( Surah al-Tawbah 9: 100)

UMUM 
MAAL HIJRAH

Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada

1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam

bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah

s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah

ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah.

Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai

pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan

perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam

Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan

Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan

negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan

Islam.

UMUM 
ABU HURAYRAH

Abu Hurayrah (21 S.H.–59 H./602 M.–679 M.),

salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya

berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya

ialah ‘Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia

dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah.

Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn

‘Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah

SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama

kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak

bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan

setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah

datang dengan 80 orang kabilah Daws yang

memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka

ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah,

yang diketuai oleh Ja’far ibn Abi Talib r.a. Rasulullah

SAW meraikan mereka dengan memberikan

sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah

sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi

ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi.

UMUM 

Kembali ke atas