| N | N ialah huruf ke-14 dalam abjad Inggeris. Ia juga huruf ke-14 dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Simbol ini berasal daripada hiroglif Mesir (atau tulisan bergambar) untuk ular. Kemudian tradisi Semit Barat menamakan huruf ini sebagai nun, perkataan yang digunakan untuk ikan. Orang Yunani mengambil alih huruf ini daripada Phoenicia dan menamakannya sebagai nu. Lihat Abjad. | UMUM | |
| KUALA SELINSING | KUALA SELINSING, tapak arkeologi prasejarah akhir atau protosejarah awal. Kuala Selinsing di Pulau Kelumpang, Perak. I.H.N. Evans, orang pertama menjalankan ekskavasi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an menamakan tapak tersebut sebagai tapak Tanjung Rawa, Kuala Selinsing. Antara tahun 1988 hingga tahun 1990, beberapa penyelidik arkeologi dapat mengesan semula tapak tersebut dan menemuinya di dalam hutan paya bakau, Pulau Kelumpang. Tapak tersebut terletak dari Pelabuhan Sepetang, melalui Sungai Selinsing, sejauh lebih kurang 14 km. Jalan Sungai yang paling dekat ke situ melalui Kampung Selinsing atau dari Kuala Gula, sejauh lebih kurang 7 km. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |