Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan ini menyediakan pertahanan bersama terhadap kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara anggota dalam perikatan ini. |