Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nas.ra.ni] | نصراني

Definisi : 1. Kristian; masuk ~ memeluk agama Kristian; 2. keturunan Portugis dgn perem­puan Asia; menasranikan menjadikan seseorang Nasrani, mengkristiankan; kenasranian bkn Nasrani, bersifat Nasrani; Serani II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nas.ra.ni] | نصراني

Definisi : agama Kristian: orang ~ orang yg menganut agama Nasrani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Nasrani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU TAMAM

Abu Tamam (190 H.?–231 H.?/806 M.?–846 M.?),

penyair yang terkemuka pada zaman kerajaan

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Habib ibn ‘Aws al-

Ta’iy. Dikatakan bahawa bapanya bernama Tadarrus

yang dahulunya seorang Nasrani. Setelah memeluk

Islam, dia menukarkan namanya kepada Aws serta

hidup dalam Kabilah Tayy’. Sebenarnya, Abu Tamam

berasal daripada keturunan Arab. Dia lahir di Jasim,

iaitu salah sebuah perkampungan Hauran di Syam

yang terletak kira-kira 40 kilometer di selatan

Damsyik. Terdapat perselisihan pendapat tentang

tarikh lahirnya. Ada pendapat mengatakan bahawa

dia lahir pada 172 H. atau pada tahun 190 H. Begitu

juga terdapat pertentangan pendapat tentang tarikh

kematian, iaitu antara 228 H. dengan 231 H. Dia

dibesarkan di Syam dalam kehidupan yang miskin.

Dia bekerja sebagai penenun kain di Damsyik.

Kemudian dia berpindah ke Hims dan seterusnya

mengembara ke Mesir. Di sana, dia bekerja sebagai

pemberi minuman kepada orang ramai di Jami’ ‘Amr

ibn al-‘As. Dia sering kali menghadiri majlis sastera

dan ilmu. Pada zamannya, Abu Tamam mempelajari

ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu yang

diterjemah dalam bahasa Arab seperti ilmu mantik,

falsafah dan kata-kata hikmah. Dia memiliki

kecerdikan dan ingatan yang kuat di samping idea

yang bernas. Dia meninggal dunia di Mosul, Iraq.

UMUM 
PALESTIN, SEJARAH

Palestin, Sejarah ialah bumi Arab yang

bersejarah, terletak di hujung timur Laut

Mediterranean. Palestin dianggap salah satu

kawasan bersejarah terkemuka di dunia kerana di

situ muncul dua agama besar, iaitu agama Yahudi

dan Nasrani. Ia merupakan tanah suci dan tempat

yang banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang

tertera di dalam kitab-kitab suci. Di Palestin juga

terdapat tempat-tempat suci orang Islam, iaitu

Masjid al-Aqsa, kiblat pertama dan tanah haram

ketiga selepas Makkah dan Madinah serta tempat

Rasulullah SAW diperjalankan dalam perjalanan

Israknya. Lihat Masjid al-Aqsa.

UMUM 

Kembali ke atas