KWAZULU-NATAL | KwaZulu-Natal ialah salah satu daripada sembilan provinsi di Afrika Selatan. Ia wujud pada 27 April 1994. Provinsi ini terletak di pantai timur Afrika Selatan, dan berkongsi sempadan negara dengan Swaziland dan Mozambique di sebelah utara, dan Lesotho di sebelah barat. Ia juga berkongsi sempadan provinsi dengan Mpumalanga, Free State, dan Cape Timur. Provinsi ini termasuk bekas provinsi Natal dan tanah air KwaZulu. | UMUM | |
NATAL | Natal ialah sebuah provinsi yang terletak di Afrika Selatan dari tahun 1910 hingga tahun 1994. Ia terletak di pantai timur Afrika Selatan, bersempadan dengan Lautan Hindi. | UMUM | |
DURBAN | Durban (pend. 215 669; pend. kaw. met. 1 106 971) ialah pelabuhan utama di timur Afrika Selatan. Ia ialah bandar raya yang terbesar di Kwazulu- Natal dan ketiga terbesar di Afrika Selatan (Lihat Kwazulu-Natal). | UMUM | |
RICHARDS BAY | Richards Bay (pend. 23 328) ialah sebuah bandar pelabuhan di Kwazulu-Natal pantai timur laut Afrika. Sepanjang tahun 1980-an, jumlah penduduknya lebih daripada dua kali ganda berbanding jumlah banci pada tahun 1980. Untuk lokasi lihat Afrika Selatan (peta politik). | UMUM | |
ZULU | Zulu ialah salah satu kaum di Afrika. Terdapat kira-kira tujuh juta orang Zulu di Republik Afrika Selatan, kebanyakannya di jajahan Kwazulu-Natal. | UMUM | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA | Kapsyen : Sutan Takdir Alisjahbana SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1908-1994), penulis dan budayawan Indonesia. Dia lahir di Natal, Tapanuli, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda, Bengkulu. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penguruan di Bukittinggi, Lahat, dan Muara Enim. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Perguruan Tinggi di Bandung, dan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia, Jakarta. Seterusnya dia mempelajari ilmu bahasa umum, kebudayaan Asia Timur dan falsafah. | BAHASA | Tokoh |
SUTAN SJAHRIR | Kapsyen : Sutan Sjahrir SUTAN SJAHRIR, (1909-1966), ahli politik, Perdana Menteri Indonesia yang pertama. Dia lahir pada 5 Mac 1909, di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sutan Sjahrir M. Rasyad. Bapanya bergelar Maharajo Sutan, seorang jaksa yang berasal dari Kota Gadang, Sumatera Barat, sedangkan ibunya kelahiran Natal, Tapanuli. Dia mengikut orang tuanya berpindah ke Jambi dan kemudiannya ke Medan. Pada tahun 1915, dia belajar di Europeesche Lagere School (ELS). Antara tahun 1923 hingga 1926, dia belajar di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO). Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Algemeene Middelbare School (AMS) hingga tahun 1929 di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |