KERAJAAN NEGERI SEMBILAN | KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, institusi pemerintahan Negeri Sembilan. Rajanya memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini daripada Raja Lenggang yang memerintah Negeri Sembilan (1808-1824). Walau bagaimanapun, sebelum baginda, sudah ada beberapa orang raja yang memerintah Negeri Sembilan, misalnya, Raja Kasah, Raja Adil, Raja Melewar dan Raja Hitam. Mengikut sumber yang ada, Raja Kasah dan Raja Adil diturunkan dari takhta kerajaan kerana gagal memerintah dan memajukan adat sebagaimana dikehendaki Dato' yang menjemput mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SEMBILAN | ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SEMBILAN, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kekuasaan serta pengesahan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN | ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah. | BUDAYA | Konsep |
NEGERI SEMBILAN | NEGERI SEMBILAN, petempatan orang Minangkabau. Negeri Sembilan terletak atas garis lintang 2° 4’U hingga 3° 34’U dan garis bujur 101° 43’T hingga 102° 42’T dan mempunyai keluasan 6 642 km persegi. Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan adat perpatih. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU | NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU , istilah yang digunakan oleh pihak British di Semenanjung Tanah Melayu bagi merujuk kepada negeri-negeri yang tidak menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang telah dibentuk pada tahun 1896 untuk mengukuhkan kekuasaan British. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU | NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU , satu unit pentadbiran yang terdiri daripada empat negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Unit pentadbiran ini ditubuhkan oleh pihak penjajah British pada 1 Julai 1896. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN | PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN, persatuan negeri. Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1939. Ia ditubuhkan ekoran daripada berita-berita akhbar yang mengalu-alukan penubuhan persatuan-persatuan negeri Melayu yang lain seperti Perak, Selangor dan Pahang sebagai satu usaha menyatukan dan membela nasib orang Melayu di negeri masing-masing. Persatuan ini ditubuhkan setelah mendapat penerangan yang jelas daripada Tengku Ismail Hussin, Presiden Persatuan Melayu Selangor, yang berceramah pada 1 September 1938 di Kuala Pilah, Negeri Sembolan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948) | Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). | UMUM | |
EJAAN RUMI WILKINSON | EJAAN RUMI WILKINSON, sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem ejaan ini hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang membentuk sebuah Jawatankuasa Ejaan Rumi, diketuai oleh R.J. Wilkinson, pada tahun 1904. Sistem ejaan tersebut kemudiannya diberi nama Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary (Romanised) yang disusun oleh R.J. Wilkinson, kemudian menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba atau Sistem Ejaan Sekolah.
| BAHASA | Bahasa |
SERI MENANTI | SERI MENANTI, bandar diraja dan tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Seri Menanti adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebelum Negeri Sembilan bernama ‘Negeri Sembilan’, ia adalah sebuah daerah atau luak dari negeri Johor yang terkandung di dalamnya beberapa buah luak. Luak-luak ini diperintah oleh penghulu luak yang dibantu oleh datuk lembaga dan buapak. Semua penghulu luak mendapat mandat atau kuasa daripada Sultan Johor. Pada masa itu, Seri Menanti termasuk dalam luak Johol dan sebahagian lagi dalam luak Muar yang mengandungi beberapa buah kampung di sekeliling Istana Besar Seri Menanti sekarang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |