Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lim.pik] | اوليمڤيک

Definisi : ; sukan ~ sukan antarabangsa yg diadakan empat tahun sekali; api (obor) ~ api (obor) yg menjadi lambang sukan Olimpik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lim.pik] | اوليمڤيک

Definisi : , = sukan ~ sukan antarabangsa yg terbesar di dunia yg diadakan empat tahun sekali. api (obor) ~ api (obor) yg menjadi lambang dan dipasang ketika sukan Olimpik diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Olimpik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUKAN OLIMPIK

Sukan Olimpik ialah pertandingan atlet

antarabangsa yang paling penting di dunia. Sukan

Olimpik menemukan beribu-ribu atlet terbaik

dunia untuk bertanding antara satu sama lain

dalam pelbagai sukan individu dan berpasukan.

Berjuta-juta orang menyaksikan sukan ini, dan

lebih satu bilion orang di seluruh dunia menonton

Sukan Olimpik di kaca televisyen.

UMUM 
SUKAN OLIMPIK KHAS

Sukan Olimpik Khas ialah program sepanjang

tahun peringkat antarabangsa untuk latihan dan

pertandingan olahraga bagi kanak-kanak dan orang

dewasa yang kurang upaya. Sukan ini mengandungi

acara sukan seperti yang diadakan dalam Sukan

Olimpik. Lebih daripada 150 negara mengambil

bahagian dalam temasya Sukan Olimpik Khas ini.

UMUM 
SUKAN OLIMPIK SEOUL 88Sejenis sukanSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PERGUNUNGAN OLIMPIK

Pergunungan Olimpik ialah sebahagian

Banjaran Pantai Pasifik di Amerika Syarikat.

Pergunungan ini menjulang di utara Washington

dan meliputi kawasan seluas kira-kira 9060 kilometer

persegi, kebanyakannya terletak di Taman Negara

Olympik.

UMUM 
THORPE, JIM

Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh

terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain

bola sepak kolej dan profesional Amerika dan

masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga

bermain dalam liga-utama besbol Amerika.

Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe

muncul sebagai atlet pertama yang memenangi

kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat

Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]).

Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat

tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur

memutuskan Thorpe seorang ahli sukan

profesional dan tidak layak bertanding dalam

Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain

besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun

1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

mengembalikan pingat emas Thorpe dan

memasukkan namanya dalam senarai juara

Olimpik tahun 1912.

UMUM 
SUKAN PAN AMERIKA

Sukan Pan Amerika ialah rangkaian

pertandingan olahraga yang berorientasikan Sukan

Olimpik dan dianjurkan oleh Pertubuhan Sukan Pan

Amerika yang terdiri daripada 38 buah negara

Hemisfera Barat. Sukan ini biasanya diadakan setiap

empat tahun sekali. Lihat juga Sukan Olimpik.

UMUM 
PERLUMBAAN LEBUH RAYAAcara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SUKAN ASIA

Sukan Asia ialah salah satu pertandingan sukan

yang penting di dunia. Hanya Sukan Olimpik yang

menghimpunkan lebih ramai atlet, penonton dan

acara dipertandingkan.

UMUM 
ARMSTRONG, DUNCAN

Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang

warga Australia yang memenangi pingat emas

dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter

gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru

dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia

juga memenangi pingat perak dalam acara 400

meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan

Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan

memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400

meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota

pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia.

Armstrong lahir di Brisbane.

UMUM 
NURMI, PAAVI JOHANNES

Nurmi, Paavi Johannes (1897–1973) ialah

pelari Finland yang memenangi sembilan pingat

emas Olimpik dan mencatatkan 29 rekod dunia

bagi lebih daripada 16 larian jarak jauh secara

berasingan.

UMUM 
123

Kembali ke atas