Maklumat Kata
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata Organisation |
|
|
Ensiklopedia
INTERNATIONAL CIVIL AVIATION ORGANISATION (ICAO) | | UMUM | |
SHAW, RUNME | Shaw, Runme (1901–1985) ialah penerbit filem China yang mengetuai Shaw Brothers Organisation. Syarikat ini memiliki banyak studio filem di Hong Kong, dan 140 buah pawagam di Asia Tenggara. | UMUM | |
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik. UMNO ialah singkatan bagi United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Ia adalah parti politik yang paling lama hayatnya dan yang terbesar di Malaysia. Ia membentuk kerajaan sejak tahun 1955 sehingga kini, bersama-sama dengan parti-parti lain. | UMUM | |
UMNO | UMNO, parti politik. UMNO ialah singkatan bagi United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Ia adalah parti politik yang paling lama hayatnya dan yang terbesar di Malaysia. Ia membentuk kerajaan sejak tahun 1955 sehingga kini, bersama-sama dengan parti-parti lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
USNO | USNO, parti politik. USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation. Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah. Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan. Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah. Antara pengasasnya ialah Dato’ Haji Zakaria Gun, Dato’ Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato’ Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato’ Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin. Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
POLITEKNIK UNGKU OMAR | POLITEKNIK UNGKU OMAR, institusi pendidikan yang melatih lulusan sekolah menengah menjadi tenaga separa profesional pada peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan perdagangan. Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan United Nation of Educations Science and Culture Organisation (UNESCO). Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperoleh daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik yang pertama di Malaysia di kawasan seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PARTI PERIKATAN SABAH | PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik. Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada 13 November 1962. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close