PEGUAM | | UMUM | |
PEGUAM NEGARA | Penasihat undang-undang kerajaan. | UNDANG-UNDANG | Jawatan/Gelaran |
RETAINER | Retainer ialah satu perjanjian yang formal antara seorang peguam dengan klien yang peguam itu bersetuju untuk mengambil kes klien itu. Perjanjian seperti ini dikenali sebagai retainer khas . | UMUM | |
PENDAKWA RAYA | Peguam Negara dan pegawai pendakwa di Jabatan Peguam Negara, yang menjalankan tugas pendakwaan mewakili pihak kerajaan. | UNDANG-UNDANG | Jawatan/Gelaran |
JABATAN PEGUAM NEGARA | Jabatan Peguam Negara. Jabatan yang bertanggungjawab dalam soal-soal perundangan negara. Jabatan ini di bawah tanggungjawab seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. | UNDANG-UNDANG | Institusi/Organisasi |
RENO, JANET | Reno, Janet (1938– ) merupakan wanita pertama yang menjadi peguam negara Amerika Syarikat. Dia telah dilantik oleh Presiden Bill Clinton pada tahun 1993. Sebelum memegang jawatan tersebut, Reno telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai peguam di Florida’s Dade Country termasuk Miami dan kawasan subbandar. | UMUM | |
CARLSON, CHESTER FLOYD | Ahli fizik dan peguam yang mereka cipta mesin zeroks. | FIZIK | Tokoh |
NADER, RALPH | Nader, Ralph (1934– ), peguam Amerika yang terkenal kerana kegiatannya menentang amalan perniagaan dan kerajaan yang dirasakannya membahayakan kesihatan dan keselamatan awam. Bukunya Unsafe at Any Speed (1965), mengkaji industri kereta di Amerika Syarikat. Penggubalan undang-undang standard keselamatan kereta baru di Amerika Syarikat sebahagian besarnya ialah dari hasil kerjanya. | UMUM | |
MARSHALL, DAVID | Marshall, David (1908–1995) ialah peguam dan ahli politik yang berkhidmat sebagai ketua menteri Singapura yang pertama pada tahun 1955 dan tahun 1956. | UMUM | |
SALONGA, JOVITO REYES | Salonga, Jovito Reyes (1920– ) ialah peguam, ahli politik dan Presiden Senat Filipina dari tahun 1987 hingga tahun 1992. Dia adalah pemimpin Parti Liberal dan secara aktif menyokong Corazon Aquino yang menjadi Presiden Filipina pada tahun 1986. | UMUM | |