NAMA PENA | Nama pena ialah nama yang digunakan oleh pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar. Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran . Ribuan pengarang menggunakan nama pena. Kebanyakannya adalah novelis popular yang menggunakan lebih daripada satu nama pena untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis kadangkala menggunakan nama pena untuk menyembunyikan identiti mereka atas alasan perundangan, untuk melindungi peribadi mereka atau kerana mereka menangani karya yang bersifat sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800- an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap penulis wanita. | UMUM | |
PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA | Persatuan penulis. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
ROMULO, CARLOS PENA | Romulo, Carlos Pena (1899–1985) ialah diplomat dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun 1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun 1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi orang Asia yang pertama memegang jawatan presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai presiden University of the Philippines dari tahun 1962 hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun 1969. | UMUM | |
PANCARAN PENA | PANCARAN PENA, majalah yang diterbitkan di Singapura dengan keluaran pertamanya bertarikh 1 Mei 1939. Majalah ini diterbitkan dua minggu sekali dengan menggunakan tulisan Jawi. Editor pertama majaIah ini ialah Jaafar Abdul Rahman. Majalah ini diterbit dan dicetak oleh Pena Press Company, Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
PENA | PENA, persatuan penulis. Nama penuh PENA ialah Persatuan Penulis Nasional Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 12 Februari 1961, bertempat di Dewan Kuliah A, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. | SASTERA | Kegiatan |
O'BRIEN, FLANN | O’Brien, Flann (1912–1966) ialah nama pena penulis Ireland yang bernama Brian O Nuallain. Dia membina reputasinya melalui novelnya yang pertama, At Swim Two Birds (1939), sebuah fantasi pengembaraan watak manusia dan pari-pari di Ireland. Dia juga menulis The Hard Life (1961), The Dalkey Archives (1965), dan skrip drama Faustus Kelly (1943). Dengan menggunakan nama pena Myles na gCopaleen, dia menulis ruangan satira bagi Irish Times . Dia lahir di Strabane, Ulster, dan bekerja sebagai pegawai kerajaan. | UMUM | |
ORWELL, GEORGE | Orwell, George ialah nama pena Eric Arthur Blair (1903–1950), penulis novel dan pengkritik sosial Inggeris. Orwell terkenal dengan novelnya 1984 , yang diterbitkan pada tahun 1949. Buku ini merupakan potret masyarakat totalitarian yang menakutkan yang menghukum percintaan, memusnahkan kebersendirian, dan menghancurkan kebenaran. Nada 1984 yang teguh membezakannya daripada karya Orwell yang berjudul Animal Farm (1945), iaitu cerita binatang yang mensatirakan kerajaan komunis Kesatuan Soviet di bawah pimpinan Stalin. | UMUM | |
NOVALIS | Novalis (1772–1801) ialah nama pena Friedrich von Hardenberg, penyair romantik Jerman. Lima buah puisi oleh Novalis, yang berjudul Hymns to the Night (1800), menerangkan kealiman, sifat mistik, dan harapannya untuk menemui ajal. Dalam esei Christianity or Europe (1799), Novalis cuba menunjukkan bahawa manusia menjalani kehidupan yang lebih bermakna dalam kesatuan spiritual Zaman Pertengahan Katolik daripada zamannya. Ini menjadi tema romantisisme Jerman. Dia meninggal dunia sebelum menghabiskan novelnya, Heinrich von Ofterdingen. | UMUM | |
STENDHAL | Stendhal (1783–1842) ialah nama pena bagi Marie Henri Beyle, salah seorang tokoh utama dalam sejarah novel psikologi Perancis. Stendhal lahir di Grenoble, Perancis. Dia menyertai Perang Napoleon dan Napoleon I menjadi wiranya yang hebat. Julien Sorel, wira dalam karya terbaik Stendhal, The Red and the Black (1830), menjalani hidup penuh dengan aksi hebat dan bercita-cita besar seperti Napoleon. Novel lain Stendhal yang terkenal The Charterhouse of Parma (1839), bermula dengan kekalahan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo, dan seterusnya mengisahkan komplot politik di Itali. | UMUM | |
RICHARDS, FRANK | Richards, Frank (1875–1961), nama pena bagi Charles Hamilton, penulis Inggeris yang menghasilkan cerita “Billy Bunter”. | UMUM | |