Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Partai Nasional Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PNI


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GERINDO

GERINDO, parti politik Indonesia. Parti ini ditubuhkan pada bulan April 1937. Gerindo ialah singkatan Gerakan Rakyat Indonesia. Parti ini dipelopori oleh bekas anggota Parti Indonesia (Partindo) dan Parti Nasional Indonesia (PNI). Antara pemimpin awal Gerindo termasuklah Sartono, Amir Sjarifuddin, Dr. A.K. Ghani dan Mohammad Yamin. Gerindo diketuai oleh Sartono. Asas dan tujuan penubuhan parti ini adalah untuk mencapai kemerdekaan Indonesia dan bekerjasama dengan pemerintah Hindia Belanda. Asas perjuangan ini diambil kerana sikap pemerintah Hindia Belanda yang semakin kejam terhadap pergerakan nasional Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GERAKAN KIRI INDONESIAGERAKAN KIRI INDONESIA, gerakan politik Indonesia yang bermula pada awal abad ke-20. Menurut Lenin, pemimpin revolusi komunis di Rusia, gerakan kiri Indonesia ialah revolusioner yang didukung oleh rakyat Jawa dan di kalangan mereka lahir suatu gerakan Islam nasionalis. Gerakan tersebut juga didukung oleh kelompok cendekiawan yang lahir daripada perkembangan kapitalisme. Antara organisasi yang terlibat dalam gerakan ini termasuklah Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PKI), Parti Nasional Indonesia (PNI), Parti Indonesia Raya (Parindra) dan Gerakan Rakyat Indonesia (Gerindo).SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL

LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL, organisasi kebudayaan Indonesia. Lembaga Kebudayaan Nasional (LKN) berusaha menghimpun para seniman dan budayawan golongan nasionalis yang menyetujui, mendukung dan memperjuangkan suatu asas tertentu bagi mereka yang sealiran. Perjuangan ahli lembaga ini adalah untuk membela Pancasila dan memperjuangkan kepemimpinan Parti Nasionalis Indonesia (PNI) dalam mewujudkan kebudayaan Marhaenis.

SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas