| SAREKAT ISLAM | SAREKAT ISLAM, pertubuhan politik di Indonesia. Nama asal pertubuhan ini ialah Sarekat Dagang Islam dan ditubuhkan oleh saudagar batik Indonesia pada tahun 1909. Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi dan sosial rakyat Indonesia daripada ditindas oleh pedagang Cina. Golongan pertengahan ini telah menggunakan agama Islam sebagai unsur penyatuan dan landasan perjuangan mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |