PERAK NIKEL | Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink. Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia adalah logam berwarna kekuningan yang lebih keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam, tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya pudar setelah digunakan. | UMUM | |
HULU PERAK | HULU PERAK, kawasan yang aktif pada zaman prasejarah. Hulu Perak adalah salah sebuah daerah di negeri Perak. Kawasan ini disaliri oleh Sungai Perak, sungai terpanjang di Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
PERAK | PERAK, negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia, terletak di antara garisan bujur 10030’ Timur dan 10145’ Timur dan di antara garisan lintang 340’ Utara dan 550’ Utara. Perak di sempadani oleh Selangor di selatan; Pahang dan Kelantan di timur; Kedah, Pulau Pinang dan Thailand di utara; dan Selat Melaka di baratnya. Luas Perak ialah lebih kurang 21 005 kilometer persegi, termasuklah sebahagian besar dataran pantai barat. Sungai Perak yang menjadi fokus perkembangan penghidupan mengalir sejauh 406 kilometer ke selatan dan membelah Banjaran Keledang di timur dan Banjaran Bintang di barat sebelum meliku ke barat di Teluk Intan dan bermuara di Selat Melaka. | UMUM | |
KESULTANAN PERAK | KESULTANAN PERAK, institusi kerajaan Perak. Menurut Sejarah Melayu, pengasas Kesultanan Perak ialah Raja Muzaffar Syah, putera sulung Sultan Mahmud Syah (1488-1511), Sultan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
PERTUKANGAN PERAK | PERTUKANGAN PERAK, kemahiran menghasilkan barangan yang diperbuat daripada perak dan tukang barangan tersebut dipanggil pandai perak. Pertukangan perak banyak dihasilkan di Kelantan, Terengganu dan Perak. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PERIKATAN MELAYU PERAK | PERIKATAN MELAYU PERAK, pertubuhan politik. Perikatan Melayu Perak atau Perak Malays League ditubuhkan pada 27 Januari 1946 di Ipoh, Perak. Sebelum itu telah ada Persatuan Melayu Perak yang lebih bersifat sosioekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SUNGAI PERAK | SUNGAI PERAK, sungai kedua terpanjang di Malaysia iaitu lebih kurang 400 km. Dari muara Sungai Perak hingga ke bandar Kuala Kangsar terdapat sebanyak 99 cawangan sungai. Di tengah-tengah aliran sungai ini terdapat banyak pulau kecil. Sungai Perak bermula dari Gunung Hulu Merah, yang terletak di sempadan Perak – Thailand yang ketinggiannya melebihi 1000 m. Cawangan utama Sungai Perak ialah Sungai Kinta, Sungai Batang padang, Sungai Bidor, Sungai Tangkas, Sungai Tiang, Sungai Pial, Sungai Kerunei, Sungai Temenggor, Sungai Pelus, Sungai Lenggong, Sungai Temelong dan Sungai Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MANUSIA PERAK | MANUSIA PERAK, rangka manusia yang lengkap dan tertua di Asia Tenggara. Rangka manusia lelaki yang berusia antara 40 hingga 45 tahun ini adalah daripada ras Australomelanesoid. Nama ‘Manusia Perak’ bersempena dengan tempat rangka itu ditemui iaitu di Gua Gunung Runtuh, Perak. Manusia Perak ditemui dalam keadaan in-situ dan mempunyai pentarikhan kronometrik. Dengan itu, data dapat digunakan untuk penganalisisan dan interpretasi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERAK | ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERAK, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Perak. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK | ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya. | BUDAYA | Konsep |