KITAB PERJANJIAN BARU | Kitab Perjanjian Baru ialah Bible iaitu sebahagian kitab suci orang Kristian yang terdiri daripada 27 Sifr | UMUM | |
ACTS OF THE APOSTLES | Acts of the Apostles ialah buku kelima Kitab Perjanjian Baru. Ia merupakan sambungan kepada Gospel of Luke. Gospel dan Acts ini ialah jilid satu dan dua daripada karya yang sama. Mengikut tradisi Kristian, Acts ditulis oleh Luke, sahabat kepada Saint Paul. Tetapi ramai sarjana mencurigai keberanian ini. Kebanyakan sarjana percaya bahawa Luke dan Acts ditulis pada tahun 85 M. | UMUM | |
ANGELUS | Angelus ialah sembahyang Roman Katolik. Angelus ialah perkataan Latin bagi malaikat . Ia merupakan perkataan pertama sembahyang Latin dan merujuk kepada malaikat yang menurut Kitab Perjanjian Baru, memberitahu Mary bahawa dia akan menjadi ibu kepada Jesus Christ. | UMUM | |
MILENIUM | Milenium bermaksud sebarang tempoh selama 1000 tahun. Tetapi, istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk tempoh masa yang disebut dalam buku Revelation (20:1–6), iaitu Kitab Perjanjian Baru sebagai masa apabila kesucian menguasai seluruh dunia. | UMUM | |
ANNE, SAINT | Anne, Saint, secara tradisi dianggap sebagai isteri Joachim dan ibu kepada Virgin Mary. Kisah mengenai kehidupannya ditemui hanya dalam buku yang keluarannya diragui, daripada Kitab Perjanjian Baru. Menurut kisah ini, seorang malaikat muncul di hadapannya dan mengumumkan bahawa anaknya akan direstui di seluruh dunia. Saint Anne mempunyai banyak makam yang didirikan untuknya. Salah sebuah makam yang paling terkenal ialah makam yang terletak berhampiran Quebec City, Kanada, iaitu makam Ste.-Anne-de-Beaupre. | UMUM | |
MENNONITE | Mennonite tergolong dalam kumpulan Kristian Protestan yang dikenal kerana pendekatannya yang sederhana dalam berpakaian, cara hidup, dan beribadat. Mennonite mendasarkan kepercayaan mereka kepada Bible, terutamanya Kitab Perjanjian Baru. Akidah mereka berdasarkan Sermon on the Mount (Matt. 5–7). Bagi Mennonite, berperang, bersumpah, atau memegang jawatan dengan menggunakan kekerasan adalah ditegah. | UMUM | |
REVOLUSI AMERIKA | Revolusi Amerika (1775–1783) telah melahirkan sebuah negara baru, Amerika Syarikat. Revolusi yang juga dikenali sebagai Perang Revolusi Amerika, berlaku di antara Great Britain dengan 13 tanah jajahan yang terletak di sepanjang Lautan Atlantik di Amerika Utara. Tanah jajahan itu ialah Connecticut, Delaware, Georgia, Maine, Maryland, Massachusetts, New Hampshire, New Jersey, New York, Pennsylvania, Rhode Island, Vermont, dan Virginia. Peperangan itu bermula pada 19 April 1775, ketika askar British dan para revolusi Amerika bertembung di bandar Lexington dan Concord, Massachusetts. Peperangan itu berlarutan selama lapan tahun. Pada 3 September 1783, Britain dan Amerika Syarikat telah menandatangani Perjanjian Paris, yang mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat. | UMUM | |
REPUBLIK ARAB BERSATU | Republik Arab Bersatu (U.A.R) ialah kesatuan dua buah negara Timur Tengah yang merdeka, iaitu Mesir dan Syria. Presiden Gamal Abdul Nasser dari Mesir dan Presiden Shukri al-Kuwatly dari Syria mengisytiharkan kesatuan ini pada 1 Februari 1958. Pemberontak Syria menamatkan kesatuan ini pada 29 September 1961, dengan menubuhkan kerajaan yang bebas bagi Syria. Mesir terus menggunakan nama Republik Arab Bersatu sehingga tahun 1971, apabila Mesir menukar nama rasminya kepada Republik Arab Mesir. Pada bulan April 1963, Mesir, Syria, dan Iraq bersetuju membentuk Republik Arab Bersatu yang baru. Tetapi, disebabkan perbezaan pendapat dan politik di kalangan negara tersebut, perjanjian ini tidak dapat dilaksanakan. | UMUM | |