| HADIAH SASTERA UTUSAN MELAYU-PUBLIC BANK | | UMUM | |
| PERHUBUNGAN AWAM | Perhubungan awam biasa dikenali sebagai PR (public relation), ialah satu aktiviti yang bertujuan meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara sesebuah organisasi atau individu dengan satu atau lebih kumpulan yang dikenali khalayak umum . Istilah ini juga digunakan bagi profesion yang bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasan sedemikian. Syarikat, institusi pendidikan, kumpulan agama, agensi kerajaan, kesatuan sekerja, ahli politik, dan penghibur, adalah di antara mereka yang menggunakan perhubungan awam. | UMUM | |
| SHAFFER, PETER LEVIN | Shaffer, Peter Levin (1926– ) ialah pengkritik dan penulis drama British yang terkenal, dengan dramanya Five Finger Exercise (1958), yang menerokai permusuhan dalam kalangan pelbagai generasi keluarga kelas pertengahan. Dramanya yang terkemudian termasuk The Private Ear and the Public Eye (1962), The Royal Hunt of the Sun (1964), Black Comedy (1965), The Battle of Shrivings (1970), Equus (1973), dan Amadens (1979). Sebahagian daripada karyanya telah difilemkan. Dia juga pernah menulis untuk rancangan televisyen. Shaffer lahir di Liverpool, England dan mendapat pendidikan di St. Paul School, London dan Cambridge University. Saudara kembarnya, Anthony Shaffer juga merupakan penulis drama. Dramanya yang paling terkenal, Sleuth, juga telah difilemkan. Dia juga menulis lakon layar untuk filem Death on the Nile dan Evil Under the Sun. | UMUM | |
| ARCHER, JOHN LEE | Archer, John Lee (1791–1852), jurutera awam dan arkitek, yang mereka bentuk kebanyakan bangunan- bangunan tertua di Tasmania. Dia mereka bentuk gereja-gereja Old Trinity, Richmond, Bothwell, Hamilton, Battery Point, Stanley dan St. John di New Town. Bangunan-bangunan awam yang paling terkenal hasil reka bentuknya ialah Ordnance Stores , Public Buildings dan Launceston Court House . Rumah Kastam yang direka bentuk olehnya kini merupakan Parlimen Tasmania. Dia juga mereka bentuk sebahagian daripada rumah api di Low Head dan Cape Bruny. Archer lahir di Ireland. | UMUM | |
| SYARIKAT BERHAD | Syarikat berhad ialah pertubuhan perniagaan dengan setiap pemegang saham hanya bertanggungjawab terhadap saham yang dipegangnya. Sekiranya syarikat berhutang, orang yang memegang saham hanya akan hilang wang yang dilaburkan untuk membeli saham tersebut. Pihak pemiutang tidak boleh menyaman pelabur tersebut untuk mendapatkan kembali wang yang dihutang oleh syarikat berkenaan. Di Great Britain, dan banyak negara yang lain, perkataan Berhad (Bhd.) atau Limited (Ltd.) dalam bahasa Inggeris atau singkatan plc (“public limited company” atau syarikat awam berhad) yang digunakan selepas nama sesebuah syarikat menunjukkan bahawa tanggungan pelabur di dalam syarikat tersebut adalah terhad ke atas jumlah wang yang telah dilaburkan. | UMUM | |
| RAJA LOPE RASHID | RAJA LOPE RASHID (1909- ), anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULAIMAN DAUD | SULAIMAN DAUD, Datuk Amar (1934 - ), ahli politik dan menteri. Dia lahir pada 5 Ogos 1934 di Kuching, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching. Pada tahun 1962, Sulaiman memperoleh Ijazah B.D.S. (Pergigian) dari Otago University, Dunedin, New Zealand. Pada tahun 1965, dia memperoleh ijazah B.Sc. (Public Health) dari University of Toronto, Kanada. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| ZAKARIA HITAM | (1912- ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat. Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang. Dia lebih dikenali dengan panggilan Pak Zek. Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang. Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937. Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan. Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970. | SASTERA | Tokoh |