SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU | SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta. | SASTERA | Konsep |
PERIKANAN DARAT | PERIKANAN DARAT, aktiviti menangkap ikan air tawar di sungai, anak sungai, tasik, sawah, kolam dan muara sungai. Antara ikan yang sering ditangkap ialah bujuk, haruan, limbat, puyu, sepat, keli, tengas, seluang, baung, sebarau, kelah, jelawat, kelaba, patin, lampan, toman dan tilapia. | BUDAYA | Konsep |
PEKASAM | PEKASAM, makanan yang diperam dengan menggunakan garam dan bahan lain. Pekasam dibuat daripada pelbagai jenis ikan air tawar seperti ikan sepat padi, sepat siam, puyu, tilapia dan belida atau ikan laut seperti gelama, selar, puput, selangat, biji nangka dan sebagainya. | BUDAYA | Makanan |