Zaynab bint Jahsyi ( ? – 20 H/? – 641 M),
isteri Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah
Zaynab bint Jahsyi ibn Ri‘ab al-Asadiyyah. Ibunya
bernama Umaymah bint ‘Abd al-Muttalib, ibu
saudara Rasulullah SAW. Zaynab bint Jahsyi ialah
bekas isteri Zayd ibn Harithah. Dia juga dipanggil
Zayd ibn Muhammad SAW, kerana dia
merupakan anak angkat Rasulullah SAW.
SULTAN AHMAD SHAH (1930 - ), Sultan Pahang yang kelima (1974 - ). Gelaran penuh baginda ialah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Baginda diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang. Ayahanda baginda ialah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Bonda baginda ialah Raja Hajah Fatimah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah.
PERJANJIAN BUNGAYA (1667), perjanjian antara kerajaan Gowa dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Perjanjian ini ditandatangani pada 18 November 1667 di Bungaya. Dalam bahasa Makasar perjanjian ini disebut Cappaya ri Bungaya.
Thanks for clicking. That felt good.