TRANSKRIPSI | Proses sintesis molekul-molekul RNA dengan menggunakan molekul DNA sebagai tempat bagi maklumat genetik daripada bentuk DNA ditukarkan kepada bentuk RNA. Ini merupakan sebahagian daripada proses ekspresi gen, iaitu maklumat genetik dalam DNA mengarah kepada pembentukan RNA. Arah aliran informasi di dalam sel merupakan central dogma bidang biologi molekul DNA yang digunakan untuk mensintesis RNA. RNA pula digunakan untuk mengarah pembentukan protein. RNA ialah molekul rantai panjang seperti molekul DNA juga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara molekul DNA dan RNA. Tulang belakang bagi membentuk polimer molekul RNA terdiri daripada gula ribos yang menyerupai gula deoksiribos DNA. Ia mempunyai molekul oksigen terikat pada karbon nombor 2', 3', dan 5'. Molekul RNA juga adalah lebih kecil (pendek) daripada DNA kerana ia terdiri daripada bes urasil (U) dan bukan timina (T) seperti yang terdapat pada DNA....Sila Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
TRANSLASI | Proses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
ASID NUKLEIK | Asid nukleik ialah molekul kompleks yang terdapat di dalam semua sel. Dua jenis asid nukleik ialah asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). DNA didapati terutama dalam nukleus sesuatu sel. Tetapi RNA boleh didapati dalam semua sel. Malah sel bakteria, yang tidak mempunyai nukleus, mengandungi DNA dan RNA. Sesetengah virus tertentu hanya mengandungi RNA dan virus lain hanya mengandungi DNA. | UMUM | |
ELEKTROFORESIS | Kaedah biologi yang digunakan untuk menganalisis protein dan asid nukleik (DNA dan RNA). Kaedah ini juga digunakan untuk mengasingkan komponen protein dan asid nukleik yang membolehkan kajian komponen sesuatu protein dan asid nukleik dilakukan. Terdapat beberapa jenis elektroforesis, iaitu elektroforesis satu dimensi, elektroforesis dua dimensi, dan elektroforesis kapilari....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
BIOPOLIMER | Biopolimer ialah polimer yang terdapat secara semula jadi. Kanji, protein dan peptida, DNA dan RNA adalah contoh biopolimer yang terdiri daripada unit monomer gula, asid amino dan asid nukleik. | BIOLOGI | Sifat/Keadaan |