KUPU-KUPU | Kupu-kupu ialah satu daripada berbagai-bagai jenis serangga yang berkait rapat dengan rama- rama. Kesemua rama-rama dan hampir semua kupu-kupu mempunyai dua pasang sayap - sepasang sayap hadapan yang besar dan sepasang sayap belakang yang lebih kecil. Kupu-kupu dan rama-rama, kedua-duanya membentuk kumpulan serangga Lepidoptera. Nama Lepidoptera berasal daripada perkataan Yunani: lepis yang bermaksud sisik dan pteron, bermaksud sayap. Nama tersebut merujuk kepada sisik yang berserbuk halus yang melitupi sayap rama-rama dan kupu-kupu. | UMUM | |
SERANGGA | Serangga ialah haiwan kecil, berkaki enam. Lebah, semut, penyengat, rama-rama, lipas, kumbang, kelip-kelip, anai-anai, dan kupu-kupu adalah serangga. Demikian juga lalat, pepatung, nyamuk, gegat, belalang, kutu, cengkerik, belalang Makkah, dan pinjal. Senarai ini tiada akhirnya. | UMUM | |
SISIK | Sisik ialah plat leper yang membentuk selaput luar kebanyakan ikan dan banyak ular dan cicak. Lipatan kulit yang keras, berduri membentuk sisik reptilia. Pada kebanyakan ikan, sisik adalah cakera bertulang yang tumbuh dari bawah kulit. Tetapi sisik ikan jerung mempunyai renamel di permukaan luar dan tulang di permukaan dalam. Sisik juga meliputi beberapa mamalia seperti tenggiling bersisik. Sisik bertindih dengan satu sama lain seperti atap genting dan menjadi perisai perlindungan kepada badan lembut di bawahnya. Sisik berbeza-beza dari segi saiz, bentuk, dan susunan, bergantung pada haiwannya. Sayap rama-rama dan kupu-kupu juga mempunyai sisik yang halus, gebu. | UMUM | |