REJAB | Rejab ialah bulan ketujuh mengikut takwim Hijrah. Nama Rejab digunakan sejak tahun 412 M. semasa zaman Kilab ibn Murrah, iaitu datuk Rasulullah s.a.w. Bulan ini dinamakan Rejab kerana orang Arab memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengelakkan diri daripada melakukan pertumpahan darah. Malah pada zaman Jahiliyah pun peperangan diharamkan pada bulan ini. | UMUM | |
REJAB F.I. | REJAB F.I. (1941- ), penulis. Dia lahir pada 12 September 1941 di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis. Nama sebenarnya ialah Rejab bin Ismail. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Santan, Sekolah Melayu Paya dan Sekolah Melayu Kangar hingga tahun 1956. | SASTERA | Tokoh |
PERANG TABUK | Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 H., antara orang Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Rom di Syam. Raja Rom bernama Harqal telah mengumpulkan orang Rom dan kabilah-kabilah Arab yang berada di bawah pertuanan Rom, untuk memerangi orang Islam. Rasulullah s.a.w. yang mengetahui perkara ini, keluar bersama-sama 30 000 orang tentera Islam untuk menentang mereka pada tahun yang mengalami kemarau dan cuaca yang sangat panas. | UMUM | |
SYAABAN | Syaaban ialah bulan kelapan mengikut takwim Hijrah. Ia dikenali dengan nama ini pada tahun 412 M. Semasa hayat Kilab ibn Murrah, datuk kelima dalam salasilah keturunan Rasulullah s.a.w. Dikatakan nama Syaaban bermakna berpecah menjadi kumpulan kerana kabilah Arab memohon agar dipecah-pecahkan mengikut pasukan tertentu bagi tujuan membuat serangan selepas mereka berehat pada bulan Rejab, iaitu bulan yang diharamkan berperang. Lihat Rejab. | UMUM | |
GURINDAM DUABELAS | GURINDAM DUABELAS, gubahan gurindam yang cukup panjang, terdiri daripada banyak bait dan dua belas pasal. Gurindam Duabelas ditulis pada hari selasa 23 Rejab 1264 H., oleh Raja Ali Haji dari Riau. Dia adalah salah seorang cucu Raja Haji yang masyhur; Raja Muda Riau berdarah Bugis, yang telah gugur di Teluk Ketapang ketika melawan Belanda di Melaka pada tahun 1784 M. Selain sebagai penyair, dia dikenal sebagai penulis sejarah dan penyusun kitab tatabahasa Melayu yang tergolong kuno. Hari lahir dan wafatnya tidak diketahui dengan pasti. Lahirnya kemungkinan di sekitar tahun 1809 M. dan wafatnya antara tahun 1869 M. dan 1875 M. | SASTERA | Karya |
ISRAK MIKRAJ | Israk Mikraj ialah peristiwa perjalanan Rasulullah SAW menghadap Allah SWT. Peristiwa ini berlaku pada malam 27 Rejab tahun 620 M, dua tahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. | AGAMA | Peristiwa |
PERSATUAN PENULIS PERLIS | PERSATUAN PENULIS PERLIS, persatuan penulis. Persatuan ini dikenal sebagai 3P. Persatuan ini ditubuhkan pada 7 Mei 1964, di Kangar, Perlis. Pengasas utamanya ialah Mat Din Yaacub (Ketua Satu) dan Rejab F.I. (Setiausaha Satu). 3P telah menjadi ahli Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) pada tahun 1970. | SASTERA | Persatuan |
KESATUAN MELAYU KEDAH | KESATUAN MELAYU KEDAH, persatuan politik konservatif nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Kedah pada tahun 1945. Antara pemimpin utama Kesatuan Melayu Kedah termasuklah Haji Hussein Che' Dol, Ayub bin Abdullah, Abdul Hamid Abdullah, Senu Abd. Rahman, Omar bin Din dan Haji Muhamad Rejab Darus. Pada tahun 1946, ahli kesatuan seramai 5940 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |