ROMANIA | Romania , juga dieja Rumania, ialah negara di timur Eropah. Namanya bererti tanah orang Rom. Negara ini dinamai sedemikian kerana ia adalah sebahagian daripada empayar Rom pada zaman purba. Orang Romania merupakan satu-satunya bangsa Eropah timur yang bahasa dan keturunan mereka berasal daripada orang Rom. Bucharest ialah ibu negara dan bandar terbesar di Romania. | UMUM | |
PLOIESTI | Ploiesti (pend. 199 269; pend. kaw. met. 254 592) merupakan pusat industri minyak di Romania. Bandar ini terletak di kawasan pengeluar minyak terbesar di selatan tengah Romania. Untuk lokasi, lihat Romania (peta). | UMUM | |
LEU | Leu ialah unit standard duit syiling bagi Romania. | UMUM | |
MOLDOVA | Moldova ialah negara di selatan-tengah Eropah yang bersempadan dengan Romania di barat dan Ukraine di tiga bahagian yang lainnya. Dari tahun 1940 hingga tahun 1991, Moldova ialah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dikenali sebagai Moldavian Soviet Socialist Republic (Republik Sosialis Soviet Moldova), atau ringkasnya Moldavia. Apabila Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun 1991, Moldova diisytiharkan sebagai negara yang merdeka. | UMUM | |
PERGUNUNGAN CARPATHIAN | Pergunungan Carpathian ialah sebahagian daripada sistem pergunungan yang utama di kawasan tengah Eropah. Pergunungan ini memanjang sehingga kira-kira 1500 kilometer di sepanjang sempadan Slovakia-Poland dan ke Romania . Kebanyakan daripadanya terletak di Slovakia dan Romania. Untuk lokasi, lihat Eropah (peta bentuk muka bumi). Aras yang paling tinggi ialah Gerlachovsky Sˇtit (2655 meter) di Gunung Tatra Slovakia dan Rysy (2499 meter) di Poland. | UMUM | |
STEIN, SIR AUREL | Stein, Sir Aurel (1862–1943) ialah orientalis, penjelajah, dan ahli arkeologi Romania. Dia menjalankan penyelidikan geografi di Kashmir dan sempadan barat laut India. Dia juga menemui perkaitan yang mungkin wujud antara tamadun di sepanjang Sungai Indus dengan Sungai Euphrates di Baluchistan dan Parsi. Stein merupakan perintis yang membuat peninjauan dari udara untuk penyelidikan geografi. Buku Stein termasuk An Archaeological Tour in Gedrosia (1931) dan On Old Routes of Western Iran (1940). Stein lahir di Budapest, Hungary dan menuntut di Dresden, Jerman. Dia menjadi rakyat British pada tahun 1904. | UMUM | |
BUCHAREST | Bucharest atau dalam bahasa Romania, Bucure¸sti (pend. 1 961 189; pend. kaw. met. 2 227 568) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Romania. | UMUM | |
ODESSA | Odessa (pend. 1 106 000) ialah sebuah bandar raya pelabuhan di Ukraine. Ia terletak di pantai barat daya Ukraine, berhampiran sempadan Romania. Odessa terletak di Laut Hitam, 51 kilometer ke barat daya muara Sungai Dnepr. Bagi lokasi Odessa, lihat Ukraine (peta). | UMUM | |
ORANG TATAR | Orang Tatar ialah penduduk Eropah dan Asia yang berbahasa Turkik. Kebanyakan orang Tatar tinggal di bahagian tengah dan selatan Rusia, dan di Bulgaria, China, Kazakhstan, Romania, Turki, dan Uzbekistan. Orang Tatar ialah bangsa Turki, dan mereka berkait rapat dengan orang Turki. | UMUM | |
TEMBOK ROM | Tembok Rom ialah tembok penghalang yang dibina oleh orang Rom di kawasan yang tidak terdapat sempadan jajahan yang semula jadi. Menjelang tahun 100 M., mereka telah membina satu garisan tembok di negara yang kini ialah Romania dan Jerman. Mereka kemudiannya membina Tembok Hadrian dan Tembok Antonine di sepanjang sempadan utara wilayah Britain yang mereka jajahi. Tembok ini yang dikenali sebagai Hadrian dan Antoninus Pius sempena nama dua maharaja Rom, dan kemudiannya menjadi tembok Rom yang paling masyhur. | UMUM | |