ARSON | Arson ialah perbuatan sengaja membakar sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak membalas dendam terhadap pemilik bangunan atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang lain, kes arson berpunca daripada perbuatan vandalisme atau piromania , iaitu dorongan yang tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu. | UMUM | |
RUMAH AGAM | Rumah agam ialah rumah zaman dahulu yang dihargai kerana seni bina dan keseniannya yang indah atau kerana ia dikaitkan dengan sesebuah keluarga yang penting. Terdapat ratusan rumah seumpama ini di Britain dan Ireland yang dibina pada zaman yang berlainan sejak ratusan tahun yang lalu. | UMUM | Umum |
GAWAI | GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, ‘gawai’ atau ‘gawa’ bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan. | BUDAYA | Adat |
ACROPOLIS | Acropolis ialah pusat agama dan tentera sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah berhala dewa mereka. | UMUM | |