| NORTHAMPTONSHIRE | Northamptonshire ialah kaunti Inggeris yang kecil yang terdiri daripada kampung-kampung dengan rumah batu yang indah, rumah agam bersejarah, rumah golongan bangsawan, dan gereja yang mempunyai puncak menara zaman pertengahan yang indah. Untuk lokasi Northamptonshire, lihat England (peta politik). Kaunti ini terkenal kerana pengeluaran kasut dan pakaian. Bandar industrinya terletak berhampiran bahagian tengah kaunti ini. Bentuk muka buminya berbeza-beza daripada padang rumput yang luas dan rata di Lembah Nene yang lebih rendah hingga dikelilingi bukit yang landai di bahagian tenggara. | UMUM | |
| SMEATON, JOHN | Smeaton, John (1724–1792) ialah jurutera British yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat para jurutera lain dan membina rumah api itu daripada blok batu yang ditanggam bersama. Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100 tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka bentuk dan membina jambatan, kincir air, pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain. Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran Leeds, England. | UMUM | |
| KEHIDUPAN | Kehidupan. Kebanyakan orang menghadapi sedikit kesukaran untuk membezakan benda hidup daripada benda bukan hidup. Misalnya, mereka mudah mengenal bahawa rama-rama, kuda, dan pokok adalah hidup, tetapi basikal, rumah, dan batu adalah tidak hidup. Kita menamakan sesuatu itu hidup jika ia dapat melakukan aktiviti tertentu, seperti pertumbuhan dan pembiakan. | UMUM | |
| MENARA | Menara ialah binaan tinggi, biasanya lanjung, yang terdapat di rumah ibadat umat Islam yang dinamakan masjid. Kebanyakan masjid mempunyai dua hingga enam menara. Azan dilaungkan oleh muazin dari puncak menara untuk menyeru umat Islam bersolat lima kali sehari. Menara mempunyai satu atau dua balkoni tempat muazin berdiri. Menara boleh berbentuk bulat, segi empat, atau banyak segi. Kebanyakannya dibina daripada bata atau batu, dan mempunyai tangga di bahagian dalamnya. Menara adalah satu daripada ciri paling biasa dalam seni bina Islam. | UMUM | |
| SALURAN PAIP | Saluran paip ialah sistem paip yang digunakan untuk menyalurkan bahan tertentu dalam jarak yang jauh. Saluran paip memainkan peranan yang penting dalam operasi dan ekonomi masyarakat moden. Saluran paip menyalurkan air untuk kegunaan isi rumah, perniagaan dan perusahaan, mengangkut gas asli, petroleum, dan juga hasil petroleum seperti minyak petrol, minyak tanah, dan minyak diesel. Saluran paip juga membawa sisa perusahaan dan air limbahan, abu dari batu arang, bijih besi, dan batu kapur untuk kegunaan perusahaan. | UMUM | |
| OSTRAVA | Ostrava (pend. 331 448) ialah salah satu bandar yang terbesar di Republik Czech. Ia terletak di bahagian timur laut negara ini [lihat Republik Czech (peta)]. Ostrava merupakan pusat kawasan perindustrian yang terbesar di negara tersebut. Bandar ini dikenali kerana industri besi dan keluli yang sangat besar dan kerana pengeluaran logamnya. Kawasan ini juga mempunyai lombong batu arang, kilang penapisan minyak, dan kilang kimia. Keluaran Ostrava yang lain termasuklah bahan binaan rumah, makanan, pakaian dan keluaran perabot. | UMUM | |
| KERATON | KERATON, istana raja di jawa, Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindu. Makna keraton yang lebih luas ialah kawasan kediaman keluarga diraja. Keraton biasanya didiami oleh raja sendiri dan keluarganya yang ada hubungan darah raja dan juga hamba raja. Dalam bahasa Jawa daerah, 'dalem benteng' bermaksud keraton yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi seolah-olah `kota kecil' dalam kota seperti yang terdapat di keraton Yogyakarta dan Surakarta. Dalam kota kecil ini terdapat rumah kediaman, jalan, pintu gerbang dan sebagainya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| PETRA | Petra ialah bandar purba di selatan Laut Mati yang kini dikenali sebagai Jordan. Petra ialah pusat perdagangan yang penting pada akhir tahun 400- an S.M. hingga awal tahun 200-an. Bandar tersebut berada di jalan perdagangan darat yang menghubungkan kawasan Arab dan Laut Mediterranean . Kaum Nabataean, satu kumpulan orang Arab, berkuasa di Petra pada tahun 400-an S.M. Pada tahun 106 M., Petra ditawan oleh tentera Rom yang menjadikannya sebahagian daripada empayar Rom. Petra maju dari tahun 106 hingga awal tahun 200-an M. Penduduk Petra membina kuil-kuil di kawasan lapang dan mereka menebuk cerunan untuk membuat rumah. Petra selalu digelar bandar merah mawar kerana bangunannya yang diperbuat daripada batu merah dan cerunan merah yang mengelilinginya. | UMUM | |