Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIK RUMAH

Lik rumah, yang juga dinamakan hidup

selamanya, ialah sekumpulan tumbuhan sukulen

yang berkaitan dengan sedum. Daunnya yang

berisi cenderung membentuk roset yang padat.

Bunganya yang berbentuk bintang tumbuh pada

batang sehingga 30 sentimeter tingginya dan

berwarna putih kehijauan, warna ros, kuning

atau ungu.

UMUM 
SLIPPERWORT

Slipperwort ialah nama bagi beberapa tumbuhan malar

hijau yang bunganya berbentuk seperti selipar. Ia

berasal dari Amerika Tengah dan Amerika

Selatan, tetapi ditanam di rumah hijau dan taman

di kawasan sederhana. Spesies Alpine ditanam

di taman batuan. Slipperwort mempunyai banyak

bunga. Spesies yang popular termasuk Slipperwort biasa

yang bunganya kuning berbintik-bintik slipperwort belukar yang

bunganya kecil berwarna kuning, dan slipperworth

berbunga ungu.

UMUM 
ASPIDISTRA

Aspidistra ialah sejenis tumbuhan yang berasal

dari Timur, tetapi ditanam secara meluas sebagai

tanaman di rumah. Oleh sebab tumbuhan ini

tumbuh dengan baik dalam keadaan yang kurang

baik, maka tumbuhan ini juga dikenal sebagai

tumbuhan besi tuangan . Daunnya banyak lagi

panjang dan berkilat-kilat. Warna daunnya itu

boleh jadi hijau tua, berjalur-jalur putih ataupun

bertompok-tompok kuning. Aspidistra berbunga

di pangkalnya dengan warna ungu keperangperangan.

Pengelasan saintifik. Aspidistra termasuk dalam

famili lili, Liliaceae. Genusnya Aspidistra elatior .

UMUM 
SANSEVIERIA

Sansevieria ialah nama bagi 50 spesies

tumbuhan berdaun berisi yang berkaitan dengan

agave. Satu daripada spesiesnya yang dikenali

sebagai Lidah ibu mertua , adalah tumbuhan rumah

yang popular yang mempunyai spika lebih kurang

45 sentimeter panjangnya yang bertepi kuning

keemasan. Sansevieria tumbuh di kawasan tropika

yang kering di Afrika, Madagaskar dan selatan

Asia. Daun beberapa spesies membekalkan serat

untuk dibuat kasut, jala ikan, tali, dan layar.

Pengelasan saintifik. Sansevieria tergolong dalam

famili Agavaceae, genus Sensevieria . Lidah ibu mertua

ialah S. trifasciata .

UMUM 
TEMBAKAU BERBUNGA

Tembakau berbunga atau nikotiana ialah

nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan

tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia

ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan

ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika

Selatan, dan ditanam di banyak kawasan.

Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit.

Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau

putih, dan berbentuk seperti tiub panjang.

Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap

cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh

ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang

subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas

panas atau rumah hijau pada awal musim bunga,

dan kemudian dipindahkan ke luar.

Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga

tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus

Nicotiana .

UMUM 

Kembali ke atas