Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Salman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALMAN AL-FARISIY

Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah

salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada

golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu

Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi

dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke

Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk

mencari pegangan yang boleh menenangkan

jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan

banyak membaca buku karangan orang-orang

Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut

tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus

kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab.

Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa

dengan serombongan penyamun Bani Kalb.

Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada

seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah

dan dipaksa bekerja di ladang.

UMUM 
PERANG KHANDAQ

Perang Khandaq berlaku pada bulan Syawal

tahun kelima Hijrah 627 M. Ia juga dikenali

sebagai Perang Ahzab. Peperangan ini berpunca

daripada tindakan beberapa orang ketua kaum

Yahudi daripada Bani Nadir yang dibuang daerah

oleh Rasulullah s.a.w. dari bandar Madinah ke

Khaibar. Mereka ialah Salam ibn Abi al-Haqiq,

Salam ibn Miskam, Kinanah ibn Rabi dan Huyai

ibn Akhtab, yang telah menghasut kaum Quraisy

dan Bani Ghatfan supaya menyerang orang Islam.

Mereka juga berjanji memberi bantuan dalam

peperangan tersebut. Oleh itu, kaum Quraisy dan

suku Ghatfan mara dengan 10 000 orang tentera

untuk menyerang bandar Madinah. Apabila

Rasulullah s.a.w mengetahui berita tersebut,

Baginda mengarahkan orang Islam menggali parit

bagi menghalang kemaraan tentera kafir

memasuki bandar Madinah. Usaha ini

dicadangkan oleh Salman al-Farisi. Sementara itu,

orang Yahudi dari Bani Qurayzah telah melanggar

perjanjian mereka dengan orang Islam dan

memihak kepada kaum musyrikin.

UMUM 

Kembali ke atas