Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (astrol) a. also the Scorpion (sign of the zodiac) (bintang) Scorpio; b. person born under this sign, (orang yg) berbintang Scorpio. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Scorpio


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCORPIO

Scorpio ialah buruj (kumpulan bintang) yang boleh

dilihat di kedua-dua hemisfera Utara dan Selatan.

Scorpio ialah lambang zodiak kelapan dan salah satu

buruj paling terang di langit. Dalam mitologi, Scorpio

melambangkan serangga yang menyebabkan

kematian Orion. Buruj ini terdiri daripada suatu

barisan panjang bintang yang cerah yang

menyerupai bentuk kala jengking. Ia mempunyai

bahagian tengah berwarna merah yang ditandai oleh

bintang raksasa merah yang cerah iaitu Antares.

Sengatnya ditandai oleh bintang Lambda Scorpii,

yang juga dikenali sebagai Shaula , iaitu nama yang

berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

“sengat”. Buruj ini mengandungi bintang lota yang

kilauannya kira-kira 200 000 kali lebih kuat daripada

matahari. Scorpion jelas terpampang pada latar

belakang Bima Sakti dan mengandungi beberapa

gugusan bintang yang menakjubkan. Ini termasuk

M4 (berhampiran Antares), iaitu objek yang dapat

dikenal pasti dengan mudah melalui teropong, dan

M6 dan M7, yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Matahari melintasi buruj ini dalam masa yang singkat

pada minggu akhir bulan November.

Lihat juga Astrologi; Astronomi; Zodiak.

UMUM 
LIBRA

Libra, Penimbang atau Neraca , ialah buruj

(gugusan bintang) ketujuh dalam zodiak. Ia terletak

di Hemisfera Selatan di antara buruj Virgo dengan

bumi Scorpio.

UMUM 
SAGITARIUS

Sagitarius (atau lambang pemanah) ialah

sekumpulan bintang yang berada di langit Hemisfera

Selatan. Ia merupakan lambang zodiak yang

kesembilan. Dalam mitologi, Sagitarius mewakili

haiwan mitologi yang dikenali sebagai sentora

(separuh manusia dan separuh kuda). Sentora

dikatakan sedang memegang busur yang ditujukan

ke jantung Scorpio, iaitu buruj (kelompok bintang)

berdekatan.

UMUM 

Kembali ke atas