S.M.ialah singkatan bagi Sebelum Masihi (B.C dalam bahasa Inggeris adalah singkatan bagi Before Christ ). Pada tahun 532 M., seorang rahib bernama Dionysius Exiguus berusaha mencipta satu sistem Kristian untuk mentarikhkan peristiwaperistiwa yang bermula dengan tahun yang dipercayainya adalah tahun Christ dilahirkan. Dia menamakan tahun-tahun selepas peristiwa ini anno Domini (dalam tahun Tuhan kita), seperti A.D. 532 (atau 532 M. dalam bahasa Melayu). Tahun-tahun sebelum kelahiran Christ dinamakan Before Christ dalam bahasa Inggeris atau Sebelum Masihi, seperti pada tahun 400 B.C/S.M. |