AMERIKA SYARIKAT, SEJARAH | Sejarah Amerika Syarikat Amerika Syarikat, Sejarah. Sejarah Amerika Syarikat ialah kisah negara besar yang dibina daripada belantara oleh penduduk yang berani dan cintakan kebebasan. Penduduk lelaki dan wanita yang membina negara Amerika Syarikat berasal dari hampir segenap pelosok dunia. Mereka mewakili pelbagai bangsa dan agama. | UMUM | |
SEJARAH | Sejarah ialah kajian mengenai masa lampau manusia. Ahli sejarah mengkaji catatan mengenai kejadian masa lampau dan menyediakan catatan baru berdasarkan penyelidikan mereka. Catatan ini, seperti juga kejadian yang selalu berlaku juga dinamakan sejarah. Rencana ini membincangkan sejarah sebagai satu bidang kajian. Berkenaan maklumat tentang kejadian-kejadian dalam sejarah, lihat Dunia, Sejarah, dan bahagian Sejarah tentang pelbagai rencana berkenaan benua, bandar, negara dan provinsi. | UMUM | |
MORISON, SAMUEL ELIOT | Morison, Samuel Eliot (1887–1976) ialah ahli sejarah Amerika, guru sejarah, dan pemenang dua Hadiah Pulitzer. Bukunya Admiral of the Ocean Sea, tentang riwayat hidup Columbus, memenangi hadiah tersebut pada tahun 1943, dan bukunya John Paul Jones menerima hadiah pada tahun 1960. Buku-bukunya yang lain termasuklah History of United States Naval Operations in World War II yang ditulis dalam 15 jilid (1947– 1962), The Intellectual Life of Colonial New England (1960), One Boy’s Boston (1962), The Oxford History of the American People (1965), The European Discovery of America: The Northern Voyages (1971) dan The European Discovery of America: The Southern Voyages (1974). | UMUM | |
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU | SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, sejarah perkembangan bahasa Melayu dari zaman dahulu hingga kini. Bahasa Melayu dari segi sejarah telah wujud pada abad ke-2 M. di Vietnam. Prasasti berbahasa Melayu (yang tertua setakat ini) ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Touraine, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M. Prasasti Muara Kaman, Kutai , Kalimantan Timur pula bertarikh pada 400 M. tetapi masih menggunakan bahasa dan tulisan Sanskrit. Hanya nama raja di tempat itu yang menggunakan nama Melayu. Kemudian terdapat juga sebuah prasasti yang bertarikh pada awal abad le-7 M. Yang ditemui di Sajamerta, Jawa Tengah. Selepas itu terdapat prasasti yang ditemui di daerah induk bahasa Melayu iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi. Kesemua prasasti ini bertarikh pada akhir abad ke-7 M., dan tempat-tempat tersebut terletak di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka. | BAHASA | Konsep |
THUCYDIDES | Thucydides (460?–400? S.M.), ahli sejarah Yunani, menjadi ahli sejarah pertama di dunia yang bercita-cita untuk mencatat sejarah yang tepat dan tidak berat sebelah yang juga boleh mendedahkan perjalanan sifat kemanusiaan semula jadi dalam masyarakat. Bahan sejarahnya ialah perang besar di antara dua negara kota Yunani, Athens dan Sparta . Perang ini berlaku dari tahun 431 S.M. hingga tahun 404 S.M. Catatan Thucydides yang terkenal, History of the Peloponnesian War , berakhir pada tahun 411 S.M. | UMUM | |
NOVEL SEJARAH | NOVEL SEJARAH, novel berunsur sejarah. Novel sejarah dalam kesusasteraan Melayu dipadankan daripada perkataan Inggeris iaitu historical novel. | SASTERA | Penerbitan |
MAITLAND, FREDERIC WILLIAM | Maitland, Frederic William (1850–1906), ahli sejarah Inggeris yang merintis pengajian sejarah hukum Inggeris yang awal. Kajiannya melahirkan banyak bahan yang kini diketahui sejarah hukum Anglo-Saxon. Maitland dapat menyaring pelbagai bukti yang bertentangan serta membingungkan dan seterusnya mencari yang benar. Karya- karyanya yang penting termasuklah History of the English Low (1895), yang ditulis bersama dengan Frederick Pollack, dan Domesday Book and Beyond (1897). | UMUM | |
SASTERA SEJARAH | SASTERA SEJARAH, hasil sastera Melayu yang mengisahkan peristiwa atau kejadian di sesebuah kerajaan Melayu. Karya sastera sejarah ini memakai judul ‘hikayat’,’sejarah’, ‘salasilah’, ‘silsilah’ dan ‘aturan’. Sastera sejarah dapat dibahagikan ke dalam bentuk prosa dan puisi. | SASTERA | Konsep |
IRELAND, SEJARAH | | UMUM | |
INDIA, SEJARAH | | UMUM | |