| ACT OF SETTLEMENT | Act of Settlement yang diluluskan di England pada tahun 1701, memberikan hak warisan mahkota kerajaan Inggeris kepada Sophia, pemerintah Hanover dan warisnya yang berfahaman Protestan. Sophia ialah cucu kepada James I. | UMUM | |
| TLDM | TLDM, pasukan bersenjata pertahanan laut yang bertanggunjawab mengawal peraiaran negara. TLDM ialah singkatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejarah TLDM bermula dengan tertubuhnya pasukan Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Setelah SSRNVR ditukar nama kepada Malayan Royal Naval Volunteer Reserve (MRNVR) pada awal tahun 1939, stu cawangna telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Pada 1 September 1939, Perang Dunia Keuda diisytiharkan di Eropah. Ekoran daripada itu, pasukan MRNVR telah dikerah bertugas sepenuh masa mulai 4 September 1939. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |