Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok renek), pokok lasana, Acacia farnesiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kuning, Pyconotus a. atriceps; punai ~ sj burung, Treron b. bicinta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar puasa; ®saum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Siam

Puisi
 

Anjunglah Siam patah kemudi,
     Ambil paku lantak di papan;
Diamlah diam tidak berbunyi,
     Lupalah malu bertepuk sopan.


Lihat selanjutnya...(13)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMBAR SIAM

Kembar siam yang dikenali juga sebagai kembar

melekat ialah kembar yang bersambung pada

bahagian tertentu di tubuh mereka. Kembar seperti

ini biasanya bersambung pada pinggul, dada,

abdomen, punggung, atau kepala. Ada juga yang

berkongsi organ dalaman seperti jantung atau hati.

Kembar siam ialah kembar seiras, iaitu pasangan

yang mempunyai sifat genetik yang sama. Kembar

siam berlaku kira-kira satu dalam 50 000 kelahiran.

Hanya kira-kira 500 kes sahaja yang dilaporkan di

seluruh dunia walaupun jumlah yang sebenarnya

mungkin lebih daripada itu.

UMUM 
PERANG KEDAH-SIAM

PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah.  Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839.  Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala.  Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian.  Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERJANJIAN BRITISH-SIAM

PERJANJIAN BRITISH-SIAM (1902), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Siam.  Dengan termeterainya perjanjian ini, British memperkenalkan sistem penasihat di Kelantan dan Terengganu.  Tujuan pihak British memperkenalkan sistem tersebut adalah untuk mengawasi raja-raja Melayu di kedua-dua negeri dengan meletakkan seorang penasihat British, sebagai wakil pentadbiran Bangkok.  British berharap penasihatnya itu dapat mengawasi tindak-tanduk raja-raja Melayu yang berurusan dengan usahawan asing dan melaporkan segera kepada kerajaan Siam supaya tindakan dapat diambil sebelum raja-raja Melayu meluluskan sebarang permohonan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
RAMBUNG

tarian Siam yang ditarikan oleh penari wanita dengan iringan muzik popular Loy Krathong.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
PERJANJIAN BURNEY

PERJANJIAN BURNEY (1826), perjanjian pertama yang ditandatangani antara Siam dengan British.  Tujuan utama perjanjian ini ditandatangani adalah untuk menjaga kepentingan perdagangan British di Siam dan menjalin persahabatan antara Siam dengan British setelah menolak pemintaan pertama British pada sekitar tahun 1821 kerana faktor keselamatan Siam ketika berdepan dengan kuasa British di Burma dan untuk menentukan kedudukan politik Siam di Semenanjung Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
KAIN SELERANG

KAIN SELERANG, kain sarung yang dihasilkan tanpa berkampuh. Kain ini ditenun menggunakan kek Melayu kecuali kain corak Pahang yang menggunakan kek siam. Kek siam digunakan kerana lebih cepat dan boleh menghasilkan dua hingga tiga helai sarung dalam sehari. Kain sarungnya juga lebih lebar dan panjang daripada kek Melayu.

BUDAYAKraf Tangan
GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA

GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA, pertubuhan politik Patani yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bagi memperjuangkan kemerdekaan empat wilayah di selatan Siam daripada belenggu pemerintahan Siam. Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR) ditubuhkan pada 8 Februari 1948, di Kota Bharu, Kelantan. Cadangan penubuhannya dikemukakan oleh Tengku Mahmud Mahyideen sebagai reaksi kepada penahanan Tuan Guru Haji Sulong oleh pihak berkuasa Siam pada 16 Januari 1948.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERJANJIAN BANGKOK

PERJANJIAN BANGKOK (1909), perjanjian yang ditandatangani oleh pihak British dengan Siam.  Perjanjian ini menamatkan kuasa British di negeri-negeri utara Tanah Melayu, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.  Sejak mula lagi negeri-negeri tersebut menjadi punca pertelingkahan antara London dengan Bangkok kerana kepentingan perdagangan dan strategi British pada masa itu.  Siam pula tidak lagi berkuasa penuh ke atas negeri-negeri Melayu tersebut kerana hubungan Siam dengan raja-raja Melayu hanya berasaskan sistem pembayaran ufti.  Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri Melayu mulai lemah pada abad ke-19.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
GEDOMBAK

GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand.

BUDAYAAlat/Alatan
KESULTANAN PERLIS

KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
1234

Kembali ke atas