Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong digali menembusi bukit dan gunung dan juga di bawah bandar serta jalan air. Terowong menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan landasan kereta api merentangi halangan semula jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam perlombongan untuk sampai ke tempat bahan galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi. Terowong juga digunakan untuk membekalkan jumlah air yang banyak untuk loji kuasa hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga terowong digunakan untuk mengangkut sisa sistem pembetungan. |