Termometer ialah alat yang mengukur suhu gas, cecair, dan pepejal. Apabila suhu sesuatu bahan berubah, sesetengah sifat fizikal dan kimianya juga berubah. Misalnya, bahan boleh berubah warna, bentuk atau isi padu. Termometer mengukur satu daripada perubahan ini dan biasanya menunjukkan saiz perubahan ini sebagai nombor. Nombor ini boleh ditukarkan kepada nilai suhu dengan menggunakan skala suhu yang sesuai. Skala demikian termasuk Fahrenheit, Celsius, dan Kelvin. |