Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Peribahasa

Dalam sudah keajukan,
     dangkal sudah keseberangan.

Bermaksud :

Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.

 

Lihat selanjutnya...(30)

104

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Belum beranak sudah ditimang

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah belum beranak sudah ditimang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TBILISI

Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia.

Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan

Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia

mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir

tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh.

Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas

dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya

dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa

Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur

Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar

Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan

seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi

meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit,

jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah

persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan

kereta api.

UMUM 
SAND, GEORGE

Sand, George (1804–1876) ialah nama pena

Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis

wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya

dikagumi oleh para penulis agung zamannya.

Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia

meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana

cara hidupnya serta percintaannya yang

mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin

dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar

tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan

memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita

muncul pada pertengahan tahun 1900-

an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia

menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan

penulis autobiografi.

UMUM 
KELANG

Kelang, bandar dan daerah di negeri Selangor.

Sejarah perkembangan penempatan Kelang

dapat dikesan pada abad ke-15 dan abad ke-16,

iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Tun Perak

dilantik sebagai penghulu untuk mentadbir Kelang.

Meskipun begitu, Kelang telah ada seorang ketua

tempatan yang dikenal dengan nama Tuk Engku

Kelang, iaitu satu jawatan tradisi yang sudah pun

ada sebelum kemunculan kuasa Bugis di Selangor.

UMUM 
ANABAPTIS

Anabaptis merupakan  bentuk sayap radikal

Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa

gereja merupakan perkumpulan manusia yang

disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan,

dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai

pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan

kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk

memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka

anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka

membaptis orang dewasa yang telah dibaptis

semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan

kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan

idea pemisahan gereja dan negeri.

UMUM 
TUK LUKUSTUK LUKUS, orang yang dianggap berwibawa, dihormati dan berpengaruh dalam masyarakat Iranun.  Perkataan ‘lukus’ bererti tua atau sudah tua.  Oleh itu telah menjadi satu tradisi dalam budaya Iranun, untuk menjadikan orang tua tempat mengadu dan menyelesai masalah yang timbul dari semasa ke semasa dalam masyarakat.  Biasanya, masalah yang dirujuk kepada tuk lukus untuk penyelesaian adalah yang berkaitan dengan hukum adat, jenayah, pertengkaran suami isteri, pembahagian harta pusaka dan harta sepencarian dan sebagainya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SUNAN KALIJAGASUNAN KALIJAGA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Raden Said atau Saka Setia.  Dia adalah anak Tumanggung Wilatika, Adipati Tuban.  Datuknya, Aria Teja III, sudah memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia telah menerima didikan Islam sejak kecil lagi.  Malah masa remajanya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab suci al-Qur’an serta mendalami ilmu agama.  Sunan Kalijaga adalah salah seorang ahli Walisongo Tanah Jawa yang berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15.  Dia adalah ulama yang sezaman dengan Sunan Bonang dan Sunan Ampel yang kedua-duanya adalah gurunya.  Dia juga pernah berguru kepada Syekh Sutabaris, seorang ulama di Palembang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ORANG TUA

ORANG TUA, gelaran kepada ketua kampung di Sabah dan Sarawak. Gelaran ini merujuk kepada orang yang telah dilantik sebagai pemimpin dan wakil kerajaan sesebuah kampung. Lazimnya orang yang dilantik oleh penduduk sesebuah kampung sebagai ‘orang tua’ ialah orang lelaki yang sudah berkahwin, arif tentang adat resam tempatan dan berasal daripada keluarga pemimpin. Sebagai satu konsep ‘orang tua’ membawa erti kebajiksanaan serta mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang adat resam anak buah dan kampung lain.

BUDAYAJawatan/Gelaran
TAMSIL

TAMSIL, bahasa kiasan yang memberikan perbandingan dengan jelas, dipersembahkan dalam ungkapan yang panjang dan mengandungi pengajaran.  Tamsil mempunyai persamaan dengan bidalan, pepatah dan perumpamaan.  Tamsil boleh diambil daripada peribahasa yang sudah terkenal, atau daripada ciptaan sendiri.  Dalam beberapa contoh, tamsil lebih mendekati `kiasan asal’, tetapi telah diluaskan dengan kata-kata yang bernas, bersifat simbolik serta mengandungi fikiran yang bijaksana.

SASTERAKonsep
CIUNG WANARA

CIUNG WANARA, salah satu cerita pantun yang dianggap keramat oleh masyarakat Sunda, terutama daerah Galuh-Ciamis, di samping Lutung Kasarung dan Mundinglaya di Kusumah. Tidak ada seorang pun jurupantun yang berani mengisahkannya, kecuali mereka sudah ‘membersihkan diri’ dan memohon perkenan daripada nenek moyang mereka. Cerita pantun Ciung Wanara telah disusun kembali oleh Ajip Rosidi dan diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Indonesia.

        

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia.  Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu.  Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun.  Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya.  Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.  Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu.

BAHASAPersatuan
12

Kembali ke atas