Syinto ialah fahaman agama tertua yang masih diamalkan di Jepun. Perkataan Syinto bermakna cara tuhan. Penganut Syinto menyembah banyak tuhan, yang dikenali kami. Menurut Syinto, kami ialah daya asas pada gunung, sungai, batu, pokok, dan bahagian alam semula jadi yang lain. Syinto juga menganggap kami sebagai daya asas dalam proses seperti penciptaan sesuatu kejadian, penyakit, tumbesaran, dan penyembuhan. |