TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
NASAFIY, ABU AL-BARAKAT –AL | Nasafiy, Abu al-Barakat -al (meninggal dunia pada 710 H/1310 M), ahli fiqh Mazhab Hanafi, dan ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud Hafiz al-Din Abu al-Barakat. Namanya dinisbahkan kepada nama tempat asalnya iaitu daerah Nasaf di Sind. Buku-buku bibliografi tokoh tidak menyebut tarikh kelahirannya. Al- Nasafiy belajar dari beberapa orang ulama pada zamannya, antaranya ialah Shams al-Din al-Kurdy dan Ahmad al-‘Itabiy. Al-Nasafiy ialah salah seorang ulama mutakhir yang zuhud dan beramal dengan ilmunya. Dia mempunyai banyak karya dalam bidang ilmu Fiqh, Usuluddin dan juga Tafsir. Antara karyanya yang terkenal ialah kitab tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil iaitu sebuah kitab tafsir yang sederhana bentuknya yang diringkaskan daripada kitab tafsir al-Kashaf dan tafsir al-Baydawiy. Al-Nasafiy meninggal dunia di negeri Izaj berdekatan Asbahan. | UMUM | |
SAMARQANDIY, ABU AL-LAYTH AL- | Samarqandiy, Abu al-Layth al- ( ? –375 H./ ? – 985 M.) ialah ahli tafsir dan ahli hadith. Namanya yang sebenar Nasr ibn Muhammad ibn Ahmad al- Samarqandiy. Dia bergelar ‘ Imam al-Huda kerana keutamaan dan kebaikannya. Dia mengarang banyak kitab yang antaranya ialah kitab tafsir yang sederhana tebal dan bertulisan tangan. Kitab-kitab tersebut mengandungi pelbagai pendapat dalam ilmu tafsir yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. | UMUM | |
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL- | Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al- (1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar. Taraf ini menyamai doktor falsafah. Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar, mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga mencakupi pelbagai bidang lain seperti kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang oleh Mazhab Syiah Imamiyyah. | UMUM | |
THA'LABI, ABU ISHAQ AL- | Tha‘labi, Abu Ishaq al- ( ?–427 H/?–1035 M.), sarjana dalam ilmu Tafsir dan ilmu bahasa Arab dan merupakan seorang yang soleh dan dipercayai. Nama penuhnya ialah Abu Ishak ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Naisaburi. Dia digelar dengan gelaran al-Tha‘labi . Buku-buku biografi pula tidak menyebut tentang tarikh kelahirannya. | UMUM | |
ZAMAKHSYARI, AL- | Zamakhsyari, al- (467 H – 538 H/1074 M – 1143 M), tokoh dalam bidang ilmu tafsir, nahu, bahasa, dan sastera. Nama penuhnya ialah Abu al-Qasim Mahmud ibn Amru ibn Ahmad al-Zamakhsyari Jarullah. Dia mempunyai pengetahuan yang luas dan kehebatan tersendiri dalam pelbagai bidang ilmu. | UMUM | |
ABU AL-SA‘UD AL-‘AMADI | Abu al-Sa’ud al-'Amadi ialah mufti dan ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Muhammad ibn Mustafa al-Amadiy. Dia lahir di salah sebuah pinggir Kota Istanbul dalam keluarga yang mengutamakan ilmu dan kemuliaan. Dia mempelajari pelbagai ilmu daripada ulama yang terkemuka pada zamannya. Antara mereka ialah ayahnya sendiri sehingga dia terkenal dan tersebar namanya kerana ilmu dan kemuliaan yang dimilikinya. | UMUM | |
TAFTAZANIY, SA‘D AL-DIN AL- | Taftazaniy, Sa‘d al-Din al- (712–791 H.), pakar ilmu usul, tafsir, aqidah, balaghah, dan sastera. Nama penuhnya ialah Mas‘ud ibn ‘Umar ibn ‘Abdullah al-Taftazaniy. Dia lahir di Taftazan di negeri Khurasan dan nama gelarannya diambil daripada nama tempat ini. Dia mengarang banyak kitab, antaranya bertajuk al-Talwih fi Kashf Haqa’iq al-Tanqih yang berkaitan dengan ilmu usul, Sharh al-Tasrif al-‘Arabiy tentang ilmu sarf, Sharh Maqasid al-Talibin fi ‘Ilm Usul al-Din tentang agama, dan kitab al-Mutawwil tentang ilmu balaghah. | UMUM | |
DARIMIY, ABU MUHAMMAD AL- | Darimiy, Abu Muhammad al- (181–255 H/ 797–869 M), hafiz, imam, ahli tafsir dan ahli hadith. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Fadl ibn Bahram al-Darimiy, al-Tamimiy Abu Muhammad, yang berasal dari Samarkand. Dia juga antara orang yang terkenal dan masyhur. Dia banyak merantau ke seluruh dunia dan banyak menulis buku. | UMUM | |
TABARIY, ABU JA‘FAR AL- | Tabariy, Abu Ja‘far al- (224 – 310 H./839 – 923 M.), imam dan ulama tafsir. Nama sebenarnya ialah Abu Ja‘far Muhammad ibn Jarir ibn Yazid ibn Ghalib. Dia lahir di Tabaristan dan mula menuntut ilmu ketika berumur 16 tahun. Dia merantau ke Baghdad dan menetap di sana selepas menziarahi beberapa buah negara. | UMUM | |